OPR dan Ringgit

- Advertisement -

RAMAI yang datang jumpa saya yang menyata kebimbangan berkenaan kedudukan ringgit yang terus merudum berbanding dolar Amerika.

Saya kata Kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana ia menyebab keresahan di kalangan peniaga dan juga ibu-bapa yang anak mereka belajar di luar negara.

Di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menyeru pembangkang untuk menyokong keputusan Kerajaan menaik OPR (Overnight Policy Rate) atau kadar dasar semalaman kerana ia membantu mengukuh ringgit.

Di masa yang sama kenaikan OPR mengakibat pinjaman orang ramai kepada bank-bank juga meningkat.

Kata Datuk Seri Anwar dolar Singapura mengukuh selepas republik itu menaik OPR.

Ada pihak telah pertikai kenyataan Datuk Seri Anwar kerana Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980-an lagi.

Seingat saya memang Singapura tidak ada OPR. Ia ada SORA – Singapore Overnight Rate Average. Pendekatan SORA Singapura dan OPR Malaysia berbeza.

Saya selidik, termasuk menerusi ChatGPT yang menjadi trend masa kini, dan hasilnya semacam. Ia bukan satu perbandingan yang sama – “bukan apple to apple comparison”.

Sama ada jawapan Anwar boleh dianggap menipu atau mengelirukan Dewan Rakyat terserah kepada Ahli-ahli Parlimen menentukan.

Sebelum jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar marah Tengku Zafrul, Menteri Kewangan ketika itu dan menyindir sama ada Tengku Zafrul bekerja untuk bank atau rakyat apabila menaikkan OPR.

Jadi Datuk Seri Anwar bekerja untuk bank atau rakyat sekarang ini?

Cara kerajaan tangani ringgit yang melemah dan jawapan serta pandangan Datuk Seri Anwar berkaitannya sebelum dan selepas jadi Perdana Menteri tidak memberi keyakinan sama-sekali.

DR MAHATHIR MOHAMAD – HARAKAHDAILY 8/6/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044516073020/posts/pfbid023XWEgwJuM2czHbGrwDq5yWVy7YokqYM7HTFKSweHJiYNephrqGjZR4TmgEyVmNdbl/?mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -