Messi pilih AS berbanding Saudi, Sepanyol

Messi mengakui sebak terpaksa meninggalkan Barcelona tetapi membuat keputusan itu demi masa depan keluarga dan dirinya, (FOTO: AFP)
- Advertisement -

MIAMI: Lionel Messi telah mengumumkan akan menandatangani kontrak dengan kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), Inter Miami, memilih Amerika Syarikat sebagai destinasi karier seterusnya berbanding kekal dengan kelab tersohor Sepanyol, Barcelona atau tawaran lumayan ratusan juta dolar Amerika untuk bermain di kelab Arab Saudi.

- Advertisement -

Messi berkata beliau tidak mahu menunggu Barcelona mencari formula baharu untuk menandatangani kontrak baharunya memandangkan keadaan kewangan semasa  kelab tersebut berkemungkinan tidak dapat mengekalkannya sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG), lapor AFP.

MLS dan Inter Miami pada Rabu (7 Jun) mengesahkan berita itu di media sosial, walaupun liga Amerika menyatakan bahawa  proses usaha  memuktamadkan perjanjian rasmi dengan Messi.

“Saya telah mengambil keputusan bahawa saya akan ke Inter Miami. Saya tidak mempunyai (perjanjian) 100 peratus dimeterai atau mungkin ada sesuatu yang perlu dilakukan, tetapi  memutuskan untuk meneruskan laluan kami ke sana,” kata Messi kepada akhbar Sepanyol Diario Sport dan Mundo Deportivo.

“Saya membuat keputusan] untuk meninggalkan Eropah… Selepas memenangi Piala Dunia dan tidak dapat pergi ke Barca, sudah tiba masanya untuk pergi ke MLS untuk menjalani bola sepak dengan cara yang berbeza dan lebih menikmati kehidupan seharian saya.

“Jelas sekali, dengan tanggungjawab dan keinginan yang sama untuk menang, dan melakukan sesuatu dengan baik, tetapi dengan lebih tenang,” kongsinya.

Messi, 35, merupakan ialah pemenang Ballon d’Or tujuh kali dan dijangka memperoleh anugerah individu sekali lagi selepas membawa Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar pada Disember 2022.

Dunia bola sepak tidak sabar-sabar menanti keputusan Messi itu selepas PSG mengesahkan minggu ini bintang  yang dianggap sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, akan ‘berubah angin’ ke kelab lain.

Messi kini bersedia untuk menamatkan karier kelabnya di luar tumpuan bola sepak peringkat tertinggi Eropah, biarpun  berkata dia ingin kembali ke Barcelona tetapi bimbang komplikasi kewangan yang menghalang kelab Catalan itu daripada melanjutkan kontrak perjanjiannya yang  telah ditandatangani pada 2021.

“Saya benar-benar mahu kembali (ke Catalan), saya sangat menantikannya,” akui Messi.

“Tetapi, sebaliknya, selepas melalui apa yang saya lalui, selepas keluar saya telah … saya tidak mahu melalui situasi yang sama lagi dan perlu menunggu untuk melihat apa yang akan berlaku.

“Saya tidak mahu menyerahkan masa depan saya di tangan orang lain. Entah bagaimana, saya mahu membuat keputusan sendiri untuk diri sendiri, demi  keluarga saya,” tegasnya.

Messi berkata dia merancang untuk tinggal di Barcelona lagi pada masa depan dan terlibat dengan bekas pasukannya dalam beberapa cara.

“Saya tidak tahu bila tariknya  tetapi saya harap, saya boleh kembali satu hari nanti untuk menyumbang sesuatu kepada kelab negara saya itu,” katanya.

Sementara, Barcelona dalam satu kenyataan berkata mereka telah membuat tawaran kepada Messi tetapi kelab itu ‘menghormati keputusan Messi untuk mahu bersaing dalam liga… lebih jauh daripada tumpuan dan tekanan yang beliau  hadapi’.

Messi menyertai akademi Barcelona pada usia 13 tahun selepas meninggalkan tanah airnya, sebelum menjadi ikon terhebat kelab Catalan itu, dengan  menjaringkan rekod 672 gol dalam 778 perlawanan, memenangi 35 trofi, termasuk empat kemenangan Liga Juara-Juara dan 10 gelaran La Liga. – HARAKAHDAILY 8/6/2023

- Advertisement -