Zaha ditawarkan kontrak RM257 juta

Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha bakal tamat kontrak menjelang akhir Jun ini, (FOTO: The Telegraph)
- Advertisement -

LONDON: Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha telah ditawarkan kontrok lumayan mencecah £45 juta (RM257 juta) untuk menyertai Cristiano Ronaldo di kelab Arab Saudi, Al Nassr.

- Advertisement -

Pemain berusia 30 tahun itu telah ditawarkan kontrak tersebut untuk tiga tahun atau £15 juta (RM86 juta) setahun, lapor Sky Sports News.

Wakil Zaha sebelum ini juga telah didatangi oleh Atletico Madrid dan tiga lagi kelab Liga Juara-Juara.

Zaha dianggap sebagai pemain terbaik Crystal Palace, tetapi mungkin tertarik dengan tawaran Atletico Madrid kerana beliau bercita-cita untuk mengembangkan karier bola sepaknya di  Eropah.

Beliau tidak pernah bermain dalam mana-mana pertandingan antara benua, dan Atletico  Madrid menawarkannya untuk bertanding dalm Liga Juara-Juara musim depan; yang mana kelab tersebut berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Real Madrid dan juara liga, Barcelona dalam La Liga.

Sebelum ini, menurut laporan Football Today,  juara Liga Pro Saudi, Al-Ittihad juga mahukan Zaha dengan menawarkan bekas pemain sayap Manchester United itu perjanjian kontrak bernilai £9 juta (RM56 juta), selepas cukai, untuk menyertai kelab itu pada musim depan.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai masa depannya lagi dan mahu menilai semua pilihannya.

Tidak mengetepikan untuk menandatangani kontrak baharu dengan Crystal Palace yang telah memilih untuk menjadikan Zaha sebagai pemain dengan bayaran tertinggi dengan tawaran kontrak £200,000 (RM1.14 juta) seminggu, Zaha akan tamat kontrak dengan kelab berpangkalan di London itu pada akhir Jun ini.

Zaha secara konsisten dikaitkan dengan perpindahan dari Selhurst Park sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi telah menghabiskan sebahagian besar kariernya di Crystal Palace.

Beliau telah membuat 458 penampilan dalam semua perlawanan, menjaringkan 90 gol dan mencatat 76 bantuan untuk jaringan gol. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -