Selesaikan caj sumber air mentah Kedah terhadap P Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim diminta menyatakan rancangan kementerian untuk menjadi pengantara dalam menyelesaikan pengenaan caj sumber air mentah oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada Pulau Pinang.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad mengemukakan soalan itu pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha Kerajaan untuk menangani masalah pengangguran dalam kalangan belia kerana pekerjaan tidak setimpal dengan bidang pengajian, kekurangan bakat selain isu kualiti serta kuantiti pekerjaan.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sokongan dan inisiatif jangka pendek dan panjang Wisma Putra terhadap Kerajaan Afghanistan khususnya dalam mengukuhkan institusi pentadbiran dan memberdayakan potensi dan penglibatan wanita dan pendidikan kanak-kanak dalam memacu pembangunan negara tersebut.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Kewangan menyatakan pertimbangan serta usaha kerajaan dalam memperhalusi semula geran perkapita berdasarkan Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah bentuk kerjasama merentasi agensi untuk menarik minat anak-anak muda tempatan menceburi bidang perladangan/sektor separa mahir serta melahirkan lebih ramai agropreneur muda, sekali gus mengatasi isu kebergantungan serta lambakan tenaga kerja asing di negara kita.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) bilangan permohonan pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) sehingga Mei 2023, serta jumlah permohonan yang telah diluluskan mengikut kategori isi rumah; dan

(b) implikasi kewangan kepada pencarum sekiranya mereka gagal atau tidak mampu melunaskan pembayaran balik pinjaman.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan   menyatakan langkah proaktif yang sedang dirangka oleh Kementerian bagi menangani isu lambakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terbazir dan sejauh manakah pembangunan data tentang tingkah laku pasaran (market behaviour) dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengekang isu pembaziran ini.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:-

(a) jumlah terkini pemasangan solar di pejabat Kementerian, pasaraya, hotel, rumah ibadah dan kediaman; dan

(b) sejauh mana kajian dilakukan bagi mewujudkan subsidi pemasangan panel solar di kediaman kepada golongan B40 memandangkan pemasangan panel solar yang masih tinggi walaupun inisiatif NEM 3.0 diperkenalkan.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan status pelaksanaan projek BioCNG (gas asli daripada kelapa sawit) dan berapa jumlah perbelanjaan Kerajaan sejak bermula pada tahun 2018 hingga kini.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan perancangan Kementerian untuk memastikan agar syarikat yang telah dikenal pasti dan berpotensi untuk mendapat status unicorn atau decacorn mengekalkan ibu pejabat dan operasi mereka di negara kita.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan kajian terhadap impak bagi terumbu karang, kawasan perikanan dan rumpai laut yang akan terjejas termasuklah kepada negeri Kedah dan Perak sekiranya projek tambakan laut bagi pembangunan tiga pulau buatan di Pulau Pinang diteruskan.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hasil yang diperoleh menerusi kutipan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut kategori pendapatan isi rumah bagi tempoh 2018 hingga 2022.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mengkomersialkan sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) bagi menarik minat lebih ramai warga tempatan khususnya golongan belia dan apakah usaha- usaha yang sedang diambil bagi mengkaji semula kadar pembayaran yang lebih sesuai setimpal dengan risiko pekerjaan itu sendiri.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan persediaan yang dilakukan oleh Kerajaan dalam berhadapan dengan ancaman gempa bumi berikutan negara kerap kali merasai gempa bumi daripada Indonesia dan Filipina.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Kewangan menyatakan usaha untuk menyemak keseluruhan akta-akta berkaitan industri perjudian bagi mengurangkan aktiviti perjudian dalam kalangan rakyat.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah dinamik dan progresif yang terkini dalam usaha menambah pendapatan rakyat bagi mengimbangi Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 mata asas kepada 3.0 peratus yang dinaikkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 Mei 2023.

Ustaz Hassan Saad

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan rancangan Kementerian untuk menjadi pengantara dalam menyelesaikan pengenaan caj sumber air mentah oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada Pulau Pinang.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status projek tebatan banjir di Kampung Gantok dan kawasan sekitar.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah cukai pelancongan yang telah dikutip terutamanya untuk negeri Perlis dan berapa jumlah yang telah dipulangkan kepada negeri.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah Persatuan-Persatuan Bekas Polis yang masih aktif dan bagaimanakah kebajikan ahli-ahli persatuan berkenaan.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan langkah-langkah terkini Kementerian di dalam menangani isu perkhidmatan bekalan air di negeri Kelantan.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sama ada Kementerian akan menaik taraf bayaran Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan seperti mana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU-15.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status pembinaan ICQS Rantau Panjang dan juga status pembinaan Jambatan Muhibbah di sempadan Rantau Panjang – Golok.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk agensi penguatkuasa Maritim Malaysia dalam menjaga sempadan negara dari dibolosi pendatang tanpa izin.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah ada perancangan untuk mengganti sistem pengairan palong di kawasan IADA Barat Laut Selangor terutamanya di kawasan jelapang padi Sekinchan dan Sungai Besar kerana sistem palong tersebut sudah agak uzur dan telah berusia hampir 40 tahun.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Luar Negeri menyatakan peranan lebih aktif yang boleh dimainkan Wisma Putra dalam usaha pendamaian konflik berpanjangan di Selatan Thailand.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan   menyatakan berapa unjuran keperluan rakyat terhadap ayam dan telur ayam sepanjang tahun 2023 dan langkah yang diambil bagi memastikan keterjaminan ayam dan telur ini cukup bagi menampung keperluan rakyat bagi tahun 2023.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana kemasukan pelancong asing dan keberadaannya di negara ini sentiasa dipantau supaya tidak disalahgunakan untuk bekerja, maksiat dan lain-lain. Berapa ramai yang tidak ada rekod kembali ke negara masing-masing.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan penjawat awam yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah sejak lima tahun lalu. Apakah langkah berterusan yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan gejala dadah ini di kalangan penjawat awam.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan skala ekonomi untuk kayu bakau dan skala “carbon credit” untuk aktiviti perladangannya. Adakah Kementerian bercadang untuk mengembangkan industri perkayuan bakau yang boleh dibangunkan secara terancang serta pemeliharaan dan pemulihan Hutan Paya Bakau di Parlimen Merbok.

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi isu dan cabaran pengangguran yang ketara termasuk jumlah penganggur aktif kurang daripada tiga bulan yang mencecah 61.0 peratus berdasarkan data terkini Statistik Tenaga Buruh DOSM untuk Februari 2023.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan sejauh manakah Kementerian bercadang memperkenalkan dasar dan kerangka kawal selia berhubung teknologi kecerdasan buatan (AI) mengambil kira penggunaan AI yang semakin meluas di peringkat global.

Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan penutupan pintu sempadan laut Malaysia-Thailand di Kuala Perlis supaya dapat dibuka semula bagi merancakkan sektor pelancongan ekonomi negeri Perlis.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan   menyatakan tentang inisiatif yang disediakan oleh Kementerian kepada petani, penternak dan pengusaha perniagaan berasaskan agro (sederhana dan kecil). Hal ini kerana apabila kumpulan yang disebutkan hadir ke pejabat Kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain untuk memohon bantuan atau sokongan, jawapan yang diberikan adalah tiada peruntukan yang tersedia untuk mereka.

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh manakah keberkesanan Program-program Penanaman Semula Hutan di kawasan berstatus ‘Kawasan Pembalakan’ terutamanya di kawasan Parlimen Gerik.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah peranan Kerajaan dalam mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh institusi bank yang menyebabkan rakyat turut mengalami tekanan kewangan akibat kenaikan OPR yang berulang kali dalam tempoh yang singkat.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan statistik terkini oleh KWSP mengenai bilangan ahli dan majikan yang aktif mencarum, pendaftaran ahli dan majikan baharu serta jumlah caruman bagi suku pertama tahun ini.

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan usaha Kementerian meningkatkan tahap komersial pelancongan di Jerai Geopark selaras dengan pengumumannya sebagai tapak Geopark Kebangsaan pada tahun 2017.

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah terkini Kerajaan mengenai pengemaskinian kriteria dan syarat program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) berikutan penurunan ketara dalam bilangan pemohonan MM2H akibat syarat ketat yang dikenakan.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah inisiatif yang direncana oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ribuan tan sayur tempatan yang tidak dapat dijual dan dibuang, akibat terpaksa bersaing dengan lambakan bekalan sayur import dari luar negara.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan   menyatakan Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga ayam dan telur akan diapungkan selepas bulan Jun nanti di mana polisi apungan harga akan menggantikan polisi kawalan harga yang sedang berjalan. Adakah pihak Kementerian telah membuat kajian menyeluruh berkenaan kesan dari perubahan polisi ini.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah untuk menyelesaikan isu pihak insuran kenderaan motor yang menambahkan asas insurans kepada kenderaan lama yang majoriti digunakan rakyat marhaen, malah pihak insurans meletakkan nilai yang tidak sama dengan nilai pasaran kenderaan.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah Kementerian bercadang membangunkan kawasan paya terbiar khususnya di Parlimen Temerloh, untuk dijadikan estet tanaman padi seperti di Parlimen Maran, Parlimen Bera dan Parlimen Rompin.

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kementerian bercadang memperhalusi dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) LHDN termasuk pengecualian sekatan ke luar negara ke atas individu yang mempunyai tunggakan cukai dengan amaun yang kurang daripada RM50,000.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan   Iklim menyatakan:-

(a) tindakan Kementerian dalam usaha mempertingkat dan memanfaatkan sumber tenaga solar domestik di bawah Dasar Tenaga Negara; dan

(b)  inisiatif yang telah atau sedang diberikan kepada usahawan tempatan membangun dan menghasilkan sendiri panel solar mereka.

Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status siasatan polis terhadap sebidang tanah rizab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak yang telah ditukar milik kepada sebuah organisasi gereja di Melaka tanpa pengetahuan.

Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan di dalam membantu veteran- veteran polis dan keluarga veteran setakat ini.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah terdapat sebarang tindakan terhadap penganjur perhimpunan dan perarakan yang melibatkan LGBT di ibu negara Kuala Lumpur pada 12 Mac 2023 susulan kertas siasatan yang lengkap oleh pihak berkuasa.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kenapakah Kerajaan tidak memberikan pengecualian levi pekerja asing bagi sektor perladangan memandangkan kos operasi ladang telah meningkat antara 10-20% pasca COVID-19.

Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Datuk   Haji  Ahmad  Marzuk   bin  Shaary  [Pengkalan  Chepa]   minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan   Iklim menyatakan perkembangan terkini projek tebatan banjir bagi negeri-negeri yang berpotensi menghadapi banjir.

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Kewangan menyatakan pertimbangan pengecualian kenaikan cukai bagi taska/tadika, dicadangkan agar MOF menaikkan pengecualian cukai dari RM3000 ke RM5000 berikutan kadar bayaran bulanan semasa taska/tadika telah pun meningkat sekitar RM450-RM600 sebulan. Ini sedikit sebanyak akan meringkankan beban para ibu bapa yang menghantar anak ke taska mahupun tadika.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan keberjayaan Potongan Cukai Penajaan Aktiviti Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Di Bawah Subseksyen 34(6)(k) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan berapa jumlah potongan cukai yang telah diberikan untuk tahun 2022 dan 2023.

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan perkembangan terkini penaiktarafan lima buah Loji Rawatan Air (LRA) di negeri Kedah.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan   Iklim menyatakan perancangan yang akan dijalankan terhadap lombong-lombong terbiar yang terdapat di Parlimen Bukit Gantang bagi memaksimumkan penggunaannya. Sebagai contoh satu lombong di kawasan Kurnia Jaya dan Batu 14 Trong yang terbiar dan perlukan pembersihan dan boleh dijadikan sebagai kawasan takungan air hujan.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) kewajaran Kerajaan membuat kelonggaran syarat visa bagi pelancong China sedangkan rekod di Jabatan Imigresen Malaysia melaporkan lebih 1.2 juta pelancong China tidak keluar dari Malaysia semenjak tahun 2021; dan

(b) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan dan daripada jumlah tersebut berapa jumlah pelancong China yang telah dilaporkan keluar.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan perincian pihak Kementerian mengenai status terkini rancangan membina Loji Janakuasa Menggunakan Tenaga Nuklear di Malaysia.

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan bagaimana hasil negara diperolehi daripada sumber hasil bumi seperti bijih timah, emas, koalin dan Lantanid (Rare Earth) memberi pulangan langsung kepada hasil negara. Adakah terdapat perjanjian dengan Kerajaan Negeri dan bagaimana sistem kerjasama dengan pengusaha atau pelombong dilakukan. Adakah terdapat perjanjian dilakukan sepertimana Perjanjian Carigali PETRONAS.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah pelan perancangan Kementerian bagi mengatasi masalah harga komoditi getah semasa yang sangat rendah dan menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan perancangan untuk menjadikan rumah rakit moden di tepi Sungai Pahang khususnya di Temerloh yang mendapat sambutan baik sebagai lokasi tumpuan pelancongan yang diusahakan oleh penduduk tempatan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Temerloh.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk membina tebatan banjir di Sungai Krai yang menjadi punca utama banjir di beberapa kampung dan kawasan perumahan di sepanjang Sungai Krai yang menjejaskan 2000 orang penduduk dan kerugian yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menukar tiang-tiang elektrik dan telefon kepada yang lebih kukuh pada ketinggian yang munasabah terutamanya di kawasan perkilangan membangun di luar bandar yang mempunyai struktur tanah gambut.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan   Iklim menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) supaya dapat memberi kuasa secara jelas kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam menentukan sesuatu permohonan pengambilan tanah untuk tujuan ‘public purpose’ atau tidak. Ini memandangkan beberapa buah Kerajaan negeri khususnya negeri Kedah menghadapi masalah pengambilan tanah untuk membangunkan kawasan industri.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tentang apakah pendekatan dan persediaan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan jika berlaku konflik bersenjata atau perang melibatkan negara besar berdekatan atau negara jiran kita.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah prosedur Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) ditambah baik dalam pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi membendung pencemaran sungai yang semakin berleluasa.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh mana Dasar Perubahan Iklim Negara 2009 disemak semula bagi memastikan kandungannya relevan dengan cabaran perubahan iklim yang berlaku pada hari ini.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) berapakah jumlah pelaburan Khazanah Nasional ke dalam Iskandar Malaysia Studios (IMS) semenjak ianya mula dibina sekitar tahun 2010 dan berapakah hasil yang diterima sepanjang tempoh pelaburan Khazanah dalam IMS; dan

(b) berapakah harga jualan kepada konsortium Studio Management Services Sdn. Bhd. Adakah nilai jualan lebih rendah daripada jumlah pelaburan Khazanah. Sekiranya lebih rendah, mengapakah penjualan tersebut dibuat dan adakah SMS Sdn. Bhd. ini dimiliki pelabur luar negara.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah Kerajaan berjaya mengangkat tahap sosioekonomi nelayan di Pantai Timur dan apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan bagi mengeluarkan mereka dari kelompok kemiskinan.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah Kerajaan berhasrat memperteguh dan memperluas lagi kerjasama sesama negara dalam kumpulan Lapan Negara Membangun (D8).

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) pencapaian Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan yang ditubuhkan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Februari 2023; dan

(b) cadangan-cadangan baharu untuk menangani empat skop utama jawatankuasa itu iaitu hasil dan perbelanjaan Kerajaan, subsidi dan jaringan perlindungan sosial, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) serta hutang negara.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan tegas yang telah diambil Kerajaan dalam soal kedaulatan negara di Laut China Selatan susulan pencerobohan serta gangguan terbaru Kapal Pengawal Pantai China terhadap aktiviti cari gali minyak serta gas oleh Petronas di perairan Malaysia di sekitar Beting Patinggi Ali.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah cadangan berkenaan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus akan memberi kesan kepada perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS) negara ini.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sama ada Kementerian bercadang menaik taraf sistem rumah pam pengairan di kawasan Parlimen Parit pada waktu ini berikutan wujud isu kekurangan bekalan sumber air kepada para petani. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -