
NEW YORK: Jabatan Negara Amerika Syarikat menuduh bekas vokalis utama kumpulan rock, Pink Floyd, Roger Waters, menggunakan kiasan antisemitisme dan mengecam konsertnya di Berlin, Jerman baru-baru ini sebagai ‘sangat menyinggung perasaan orang Yahudi’.
Antisemistisme atau anti-Semitistisme merujuk kepada istilah ‘suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum laknat Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras; yang termasuklah anti-Yahudi, anti-Israel dan anti-Zionis’.
Persembahan Waters yang berlangsung pada 17 Mei itu menunjukkan beliau menyasarkan mesingan palsu ke arah penonton dan mencipta semula adegan dari filem berdasarkan album Pink Floyd yang terkenal dengan kritikan terhadap fasisme, The Wall, lapor Middle East Eye.
Dalam persembahan itu, Waters memakai kot hitam dengan lilitan merah, yang menurutnya adalah kenyataan menentang fasisme, ketidakadilan dan ketaksuban; dan beliau melabelkan sebarang kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebagai ‘tidak jujur dan bermotifkan politik’.
Penglibatan Waters dalam konsert di Berlin itu termasuk beberapa bandar sekitar Jerman adalah sebahagian daripada konsert jelajah, This Is Not A Drill.
Dalam konsert di Arena Mercedes-Benz, Berlin berkenaan, Waters turut memaparkan nama beberapa mangsa kekejaman yang maut di kem tahanan Nazi termasuk Anne Frank, seorang remaja Yahudi.
Konsert sama menurut laporan AFP, turut memaparkan nama wartawan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh yang dibunuh tentera laknat Israel ketika sedang bertugas membuat liputan.
Pihak berkuasa bandar raya Frankfurt berusaha menghentikan konsert itu, namun mahkamah negara itu memutuskan Waters boleh meneruskan konsert tersebut atas kebebasan artistik.
Selepas konsert itu, polis di Berlin membuka siasatan terhadap Waters kerana disyaki melakukan hasutan melalui pakaiannya.
Sehubungan itu, Jabatan Negara AS mendakwa Waters mempunyai rekod lama menggunakan kiasan antisemitik untuk memburukkan orang Yahudi.
Waters, 79, atau nama sebenarnya George Roger Waters dengan aset kekayaan mencecah AS$310 juta (RM1.4 bilion) ialah pemuzik, penyanyi dan pencipta lagu kelahiran England, yang pada 1965, beliau mengasaskan Pink Floyd sebagai pemain bassnya.
Selepas kematian vokalis Pink Floyd, Syd Barrett, pada 1968, Waters menjadi penulis lirik, vokalis bersama dan ketua konsep Pink Floyd sehingga dia meninggalkan kumpulan rock itu pada 1985, sebelum bergerak solo.
Beliau selama ini merupakan penyokong tegar Pergerakan Boikot, Pencairan dan Sekatan atau Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang digerakkan Palestin, sebuah pertubuhan inisiatif tanpa kekerasan yang bertujuan untuk mencabar pendudukan Israel dan penyalahgunaan hak asasi manusia penduduk Palestin melalui boikot ekonomi, budaya dan akademik yang serupa dengan kempen yang berjaya menentang dasar apartheid di Selatan.
Pada 2017, konsert jelajah Us + Them, Waters jelas sekali telah mendapat tentangan daripada kumpulan pro-Israel.
Serentak dengan tentangan itu, satu siri tayangan filem dokumentari berjudul, Wish You Weren’t Here, oleh Ian Halperin, menuduh Waters sebagai antisemitisme.
Di sebalik desakan yang diterimanya, Waters berterusan melaungkan suara mengenai hak Palestin.
Dalam ceramah yang dianjurkan oleh aktivis di Vancouver pada November 2017, beliau berkata: “Kebenaran apa yang berlaku di Wilayah Pendudukan (Palestin), ia dilabelkan sebagai pembersihan etnik. Itulah yang berlaku dan rejim di sana (Israel) dikenali sebagai apartheid.”
Waters menambah bahawa beliau berterusan menyokong BDS kerana ia adalah ‘satu-satunya perkara yang beliau lihat yang mempunyai impak yang berkesan’.
Juga pada tahun yang sama, Walters menentang draf rang undang-undang di Senat AS bertujuan untuk menutup mulut penyokong BDS, yang dipanggil Akta Anti-Boikot Israel, yang akan mengenakan hukuman ke atas warga AS termasuk penjara sehingga 20 tahun dan denda AS$1 juta, jika sabit kesalahan ‘terlibat dalam perdagangan antara negeri atau asing’ yang menyokong pemboikotan produk dan perkhidmatan Israel.
Waters menulis dalam akhbar New York Times yang berbunyi: “Dengan mengesahkan rang undang-undang McCarthyite ini, para senator akan mengambil hak Pindaan Pertama Amerika untuk melindungi Israel daripada tekanan tanpa kekerasan untuk menamatkan penjajahannya yang berusia 50 tahun di wilayah Palestin dan penyalahgunaan hak asasi Palestin yang lain”. – HARAKAHDAILY 7/6/2023