
KABUL: Timbalan gabenor wilayah Badakhshan, wilayah di utara Afghanistan, Nissar Ahmad Ahmadi terbunuh akibat satu letupan bom kereta yang dinaikinya dalam kejadian pada hari ini, Selasa (6 Jun).
Ketua pejabat penerangan Badakshan, Mahzudeen Ahmadi berkata, mangsa bersama-sama pemandunya terbunuh, manakala enam orang awam cedera, lapor Reuters.
Lokasi kejadian adalah di wilayah yang jauh di utara jauh negara itu, yang berkongsi sempadan dengan China dan Tajikistan.
Tidak jelas dalang di sebalik pengeboaman itu, yang merupakan letupan atau serangan besar pertama yang diketahui ke atas pegawai Taliban di Afghanistan dalam beberapa minggu ini. – HARAKAHDAILY 6/6/2023