Tempat buang sampah dijangka habis menjelang 2050

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan diminta menyatakan langkah kerajaan untuk menangani masalah kehabisan tempat pembuangan sampah yang dijangka berlaku menjelang tahun 2050.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid bertanyakan soalan itu sekiranya trend peningkatan pembuangan sampah berterusan.

Beliau mengemukakan soalan demikian pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah senarai soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan apa langkah yang diambil oleh Kementerian terhadap pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Darjah (PBD), yakni susulan pemansuhan PT3 termasuk kualiti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan Indeks Perpaduan Nasional Negara dan apakah situasi perpaduan negara pada masa ini. Apakah jenis program yang efektif, yang telah dirancangkan oleh Kementerian untuk mengeratkan lagi perpaduan, persefahaman dan penerimaan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) berapa anggaran implikasi kewangan projek rintis Klinik Kesihatan Bandar Botanik; dan

(b) maklumat lengkap masa menunggu di klinik, jumlah pesakit dan kakitangan yang terlibat.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan langkah segera dan strategi yang berkesan dalam membantu warga emas yang lebih suka tinggal bersendirian di rumah berbanding tinggal bersama ahli keluarga atau di Pusat Jagaan Warga Emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada aspek keselamatan, rawatan kesihatan dan kewangan agar diri mereka sentiasa terkawal.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan apakah tindakan KKDW terutama melalui RISDA bagi membantu pekebun kecil getah seluruh negara dalam menghadapi cuaca panas yang panjang di negara yang akan mengurangkan produktiviti tanaman getah.

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Kesihatan menyatakan isu lambakan Doktor dan apakah tindakan kementerian dan kerajaan MADANI mengenainya.

Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Pendidikan menyatakan secara terperinci jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk setiap tahun sejak 2018 hingga sekarang dan berapa jumlah pelajar yang berjaya diterima untuk meneruskan pelajaran ke peringkat IPT.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan statistik peratusan pelajar yang mendapat tajaan MARA terutama di luar negara kembali berkhidmat di Malaysia selepas menamatkan pengajian mereka.

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan sejauh mana keberkesanan kod sukan selamat yang dilancarkan pada bulan Mac lalu.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah usaha untuk membantu golongan B40 di seluruh negara terutama anak muda untuk mendapatkan rumah mesra rakyat/rumah mampu milik.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pelan jangka masa panjang Kementerian dalam mengurus pelajar-pelajar genius atau pintar dan adakah Kementerian berhasrat untuk membenarkan golongan pelajar pintar ini menduduki SPM seawal mungkin.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pihak Kementerian melihat kepentingan sekolah satu aliran sebagai wadah penyatuan bangsa Malaysia akan menjadi lebih baik berbanding sekolah pelbagai aliran pada waktu ini.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

 (a) sejauh mana kurikulum pembelajaran sekolah telah melalui proses penilaian dan semakan kerana dikhuatiri masih menggunakan silibus yang kurang sesuai, khasnya di peringkat sekolah menengah; dan

 (b) adakah ada perancangan untuk memendekkan tempoh pembelajaran di sekolah menengah daripada lima tahun kepada tiga tahun.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) komitmen Kementerian terhadap dasar dan inisiatif Generasi Penamat (GEG) dan sejauh manakah kajian telah dilaksanakan untuk memperhalusinya; dan

(b) tindakan penguatkuasaan yang telah diambil susulan pengecualian produk cecair dan gel nikotin daripada jadual Akta Racun 1951 memandangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dijangka hanya akan dibentang dalam sidang Parlimen pada Mei 2023.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan pembangunan Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) dan adakah ada perancangan untuk menaiktaraf jalan FT 37 menghala ke pekan Banting dan ke KLIA.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah Kementerian untuk menangani ketidakselarasan insentif kewangan antara pihak yang terlibat dalam membiayai bangunan (kos modal) dengan pengurusan (kos penyelenggaraan) bangunan berikutan perumahan sosial dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kos penyelenggaraan ditanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) langkah bagi mengekang penjualan produk vape yang menyasarkan kepada pelajar sekolah; dan

(b) perincikan justifikasi Kementerian membenarkan penggunaan nikotin dalam cecair vape.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak Kementerian akan menyemak dan menaikkan gred bagi guru-guru yang berjaya menyambung pengajian peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD).

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status laluan keretapi di Rantau Panjang bagi membantu meningkatkan ekonomi negara melalui laluan rel di dalam inisiatif Rantau Panjang Revival.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan bagi mengawal lonjakan harga tiket tambang penerbangan terutama menjelang musim perayaan bagi laluan domestik, dan apakah jaminan Kerajaan supaya perkara seperti ini tidak berlaku kelak dan sekali gus meringankan bebanan rakyat.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Kesihatan menyatakan kadar kematian yang berlaku dalam tempoh menunggu respon kes termasuk yang berlaku ketika dalam perjalanan ke pusat rawatan.

Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan kadar kejadian kebakaran, kematian dan kemusnahan nilai harta benda akibat kebakaran sepanjang 2022.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan bilakah insunarator akan dibaiki atau diganti baru bagi menyelesaikan masalah sampah di Langkawi dan syabas diucapkan kepada Kementerian kerana tapak pelupusan sampah sedia ada di Belanga Pecah, Kuah, Langkawi telah mula ditutup dengan tanah dan ianya sudah mula memberi pandangan yang agak tidak menjijikan sepertimana sebelum ini termasuk anjing liar sudahpun berkurangan.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah peruntukan untuk memperbaiki atau mempertingkatkan sistem perparitan bersepadu di Parlimen Langkawi berikutan banjir besar pada bulan Oktober 2022.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan usaha Kerajaan bagi mewujudkan polisi yang lebih agresif bagi merapatkan jurang pembangunan dan jaringan pengangkutan awam antara bandar dan luar bandar terutama di negeri pantai timur.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah Kementerian untuk menyediakan rumah mampu milik, mampu sewa, kos rendah dan kos sederhana untuk rakyat.

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan kemudahan Cuti Jaga Anak Di Hospital/Sakit kepada guru-guru berbanding kemudahan Cuti Rehat Khas (CRK) yang amat terhad bilangan harinya dalam setahun.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa bilangan wanita yang bersalin bagi tahun 2022 serta berapa bilangan pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan berapa bilangan Doktor Obstetrik dan Ginekologi (O&G) seluruh Malaysia.

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam agenda Reformasi Pendidikan.     

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan program pembangunan sukan untuk e-Sports di peringkat sekolah dan sekolah sukan. Pembangunan e-Sports perlu diberikan perhatian memandangkan minat golongan muda pada sukan ini amatlah tinggi.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pendidikan menyatakan syor terbaharu berkenaan pengurangan bebanan tugas guru selepas penamatan perjawatan pembantu guru sebelum ini.

Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apa status pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Ketereh, Kelantan dan bilakah jangkaan projek tersebut dapat disiapkan.

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan sekolah amanah hari ini, berapa peningkatan setiap tahun untuk lima tahun lalu, dan apa rancangan untuk menambah sekolah amanah di masa depan.

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah status terkini penggubalan Dasar Pendidikan Digital, dan apakah pelan terperinci Kementerian untuk meneruskan kesinambungan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013- 2025 memandangkan pelan ini bakal tamat dalam tempoh dua tahun lagi.

Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan berapa lama tempoh kelulusan permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) permohonan baharu/kemaskini dan apakah permohonan secara online masih berfungsi. Adakah pihak JKM akan membuat lawatan ke rumah bagi pemohon berstatus OKU/terlantar.

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah KKM akan menaik taraf entry level Jurupulih Perubatan Fisioterapi dari gred U29 kepada gred U41 sepenuhnya.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian dalam mengatasi masalah kebersihan dan penyelenggaraan sekolah yang kurang murid tetapi mempunyai kawasan yang besar, namun dikurangkan jumlah pekerja pembersih (cleaner).

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan langkah Kementerian untuk menggilap bakat belia tempatan dalam industri digital kreatif ke peringkat antarabangsa.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan bagi mengekang isu ulat tiket bagi tiket kapal terbang serta perancangan Kementerian bagi meletakkan harga syiling tiket penerbangan terutama pada musim perayaan.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan:-

(a) apakah kemahiran yang diberikan fokus oleh pihak Kementerian terhadap penduduk luar bandar; dan

(b) adakah ia ditentukan oleh Kementerian ataupun meraikan minat dan kebolehan penduduk setempat.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha dan dasar atau polisi yang digunapakai oleh KPM untuk mengurus kekosongan guru dan permohonan pertukaran guru.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah Kementerian melihat pemilikan rumah di atas harga RM150,000 sesuai dibina di kawasan luar bandar, sekiranya sesuai, adakah proses pinjaman perumahan dipermudahkan.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan apakah perancangan terperinci Kementerian khususnya menjelang temasya Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028 serta pembentukan pasukan Road to Gold (RTG).

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab penyelenggaraan lebuh raya yang dilakukan semasa musim perayaan sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang didirikan di atas tanah rizab Melayu hanya diberikan kepada rakyat Bumiputera sahaja.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha Kerajaan bagi meningkatkan aktiviti penterjemahan karya asing ke dalam Bahasa Melayu seiring dengan usaha pembudayaan ilmu dalam kalangan rakyat dalam negara ini.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan masalah lambakan kerja guru-guru yang menjadi antara penyebab ramai guru pencen awal akibat tekanan kerja.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) statistik jumlah pengambilan guru secara one off oleh KPM dari tahun 2018-2023; dan

(b) mengapa berlaku kekosongan jawatan guru yang sangat ketara sehingga perlu kepada pengambilan secara one off sedangkan KPM pastinya telah membuat unjuran keperluan guru di sekolah-sekolah KPM.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah justifikasi penolakan mata demerit yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan terhadap pemandu kenderaan berat serta apakah peranan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan keluasan permohonan tanam semula getah yang telah diluluskan pada suku pertama tahun ini mengikut negeri dan apakah langkah bagi memastikan sasaran 20,000 hektar pada tahun 2023 dapat dicapai.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah mod pengangkutan awam Bus Rapid Transit (BRT) dan Autonomous Rapid Transit (ART) dapat dioperasikan di Malaysia dan senaraikan bandar-bandar yang akan melaksanakan mod pengangkutan awam kos patut ini.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada Kementerian telah menjalankan kajian terperinci mengenai Pendigitalan Rekod Kesihatan terutamanya sistem Electronic Health Records (EHR) bagi meningkatkan tahap program saringan dalam kalangan rakyat serta mengenal pasti pelbagai penyakit dari awal berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah komitmen Kementerian terhadap penubuhan Suruhanjaya Penjagaan Kesihatan untuk menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di dalam negara serta apakah garis masa pelaksanaannya yang merupakan janji reformasi kesihatan Pakatan Harapan dalam manifesto PRU-15.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pendidikan menyatakan Kementerian bercadang untuk meningkatkan semangat dan jati diri para guru dengan mengurangkan beban kerja perkeranian supaya mereka dapat memberikan tumpuan penuh kepada tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik demi kemenjadian murid.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) berapakah nisbah penolong pegawai perubatan (PPP) dan Pegawai Perubatan di Hospital Kepala Batas berbanding penduduk berjumlah 117,000 orang di Kepala Batas; dan

 (b) jumlah pesakit berdaftar di Hospital Kepala Batas dalam tempoh 5 tahun.

Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah proaktif Kementerian untuk meningkatkan aspek keselamatan pengguna basikal termasuk penyediaan laluan basikal khas dan program-program advokasi sejajar dengan hasrat untuk memaju agenda pengangkutan hijau.

Nurul Amin Hamid

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah Kerajaan untuk menangani masalah kehabisan tempat pembuangan sampah yang dijangka berlaku menjelang tahun 2050 sekiranya trend peningkatan pembuangan sampah berterusan.

Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan Kementerian kepada pemegang lesen pemberi pinjaman wang yang beroperasi menggunakan kaedah ahlong. Setakat ini berapa banyak yang sudah disenaraihitamkan.

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan mempunyai garis panduan berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan sukan yang disertai oleh pelajar-pelajar Islam yang patuh syariah dan tidak bercanggah dengan matlamat Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff  [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan status pembinaan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di Rantau Panjang.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan apakah rasional Majlis Perwakilan Kanak-kanak Kebangsaan ditempatkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bukan di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan sejauh manakah kewujudannya telah merancakkan input pembangunan, kebajikan dan kepimpinan kanak-kanak di Malaysia.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa bilangan doktor perubatan yang tidak mencukupi dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G).

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk membantu golongan muda B40 bagi memiliki rumah kediaman pertama.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan bilangan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang ditubuhkan di seluruh negara untuk memperkasa komuniti setempat mengikut negeri, dan apakah usaha Kementerian untuk menggalakkan penyertaan anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan di Rukun Tetangga.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) jumlah guru pendidikan khas yang tidak mengikut bidang pengkhususan semasa kursus yang diambil di peringkat sarjana muda; dan

(b) langkah menyelesaikan masalah ini.        

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan rasional Kerajaan merahsiakan penemuan nahas pesawat Double Six sejak lebih 40 tahun lalu. Adakah Kerajaan akan mengusahakan sebarang bentuk pampasan kepada keluarga mangsa akibat tindakan Kerajaan ini.

Waktu Pertanyaan Menteri

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan kejatuhan nilai Ringgit kepada proses pemulihan ekonom negara dan apakah pendekatan yang akan digunakan untuk mengukuhkan nilai Ringgit. – HARAKAHDAILY 6/6/2023

- Advertisement -