Perkukuhkan aktiviti silang budaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan status terkini jumlah aktiviti silang budaya yang dijalankan dalam kalangan pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah.

- Advertisement -

Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) juga meminta kerajaan menyatakan perancangan dan strategi dalam menyemak semula penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar.

“Seterusnya, apakah aktiviti bagi menggalakkan rakyat mempelajari bahasa tempatan lain seperti Mandarin, Tamil dan bahasa etnik lain,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata program aktiviti silang budaya masih diteruskan dan digalakkan untuk menyemarakkan perpaduan.

“Kerajaan akan terus merapatkan jurang melalui penggunaan dan penguasaan dalam Bahasa Melayu. Kita juga berharap Rukun Negara menjadi sebahagian kokurikulum atau silibus sekolah,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/6/2023

- Advertisement -