MH17: Rusia, Ukraine bersemuka di Mahkamah Dunia

Gambar fail yang dirakam pada 20 Julai 2014 menunjukkan sekeping serpihan pesawat Malaysia Airlines MH17 di sebuah padang berhampiran perkampungan Grabove, di wilayah Donetsk Oblast, Ukraine. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

THE HAGUE: Ukraine dan Rusia bersemuka di Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari ini, Selasa (19 Mei) atas dakwaan Moscow menyokong pemisah pro-Rusia yang dipersalahkan bagi penembakan jatuh pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH17 pada tahun 2014.

- Advertisement -

Hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar dakwaan Ukraine bahawa Moscow melanggar perjanjian anti-keganasan PBB dengan melengkapkan dan membiayai pasukan pro-Rusia yang disimpulkan oleh penyiasat antarabangsa menembak jatuh pesawat itu di timur Ukraine, membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal, lapor Reuters.

Pesawat Boeing 777-200ER itu terhempas di Donetsk Oblast, dalam wilayah timur Ukraine yang terletak kira-kira 40 kilometer (25 batu) dari sempadan Rusia.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam dan menuju ke Kuala Lumpur apabila ia terkena peluru berpandu buatan Rusia pada 17 Julai 2014.

Ia akan menjadi kali pertama peguam untuk kedua-dua Ukraine dan Rusia bertemu di ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, sejak Moscow melancarkan perang ke atas Ukraine pada 24 Februari 2022.

Ukraine akan mula-mula membentangkan kesnya dan Rusia kemudian diberi peluang untuk bertindak balas dalam perbicaraan tersebut. – HARAKAHDAILY 6/6/2023

- Advertisement -