Bantuan panel solar untuk rakyat Sabah

Dr Aliakhbar Gulasan menyerahkan unit panel solar kepada seorang penduduk di Pulau Sepanggar, Sabah.
- Advertisement -

KOTA KINABALU: Lebih 40 unit panel solar telah diserahkan kepada rakyat Sabah yang tinggal di Pulau Sepanggar bagi mendapatkan akses bekalan elektrik.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan dalam kenyataannya berkata bahawa kerajaan perlu memberikan subsidi kepada rakyat Sabah yang masih belum mendapat akses bekalan elektrik.

Beliau menegaskan demikian selepas mengadakan jelajah di Pulau Sepanggar bersama-sama Yayasan Amal Malaysia pada Sabtu lalu, yang mana antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah menyerahkan lebih 40 unit panel solar dan bakul makanan kepada setiap rumah penduduk di situ.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Ah Rizal Latif serta beberapa pimpinan masyarakat kampung.

Menurut Aliakhbar, subsidi daripada kerajaan diharapkan agar membolehkan rakyat Sabah untuk membeli panel solar. 

“Saya yakin sebahagian besar daripada mereka adalah daripada golongan berpendapatan rendah,” ujarnya kepada HarakahDaily

“Tahniah kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah yang prihatin dengan masyarakat yang masih belum mendapat bekalan elektrik dengan menyalurkan bantuan lebih 40 unit panel solar demi memenuhi keperluan rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/6/2023

- Advertisement -