Selangor sepatutnya membangun sepesat Kuala Lumpur

- Advertisement -

TANJONG KARANG: Selangor mesti dipimpin yakni oleh Menteri Besar yang merupakan kalangan anak jati negeri dan tidak sewajarnya ada lagi wujud kemiskinan dalam negeri kaya dan maju ini.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Selangor membangun disebabkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara dan menjadi pusat pentadbiran dan kewangan dan negeri itu pula memberikan pelbagai perkhidmatan.

Beliau yang juga Ketua Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN) Pusat berucap demikian pada Ceramah Perdana PN Selangor sempena program Jelajah Selangor Baharu yang diadakan di Kompleks PAS Tanjong Karang, di sini malam tadi.

Ditambah lagi menurutnya, Persekutuan mengambil Putrajaya dan Sepang dijadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), maka tidak sewajarnya kemiskinan wujud lagi di Selangor.

Jelas beliau, negeri ini sepatutnya sepesat Kuala Lumpur dengan lebih maju dan kuat daripada keadaan ketika ini, di mana masih wujud ketidakseimbangan pembangunan wilayah antara daerah-daerah dalam negeri Selangor.

Cerita Sanusi, semasa PN sebagai Kerajaan Pusat dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selangor yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) turut diberi layanan seadilnya.

“Prihatinnya PN di bawah Tan Sri Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin PN, bincang khusus (mengenai) negeri Selangor. Pasal apa bincang khusus Negeri Selangor? Pasal Selangor pengeluar wafer dalam industri di seluruh dunia.

“Kalau stok kilang di Selangor, industri seluruh dunia terjejas. Bincang banyak kali bukan sekali. Itu saya kata mulianya pemimpin-pemimpin PN berbanding PMX (Dato’ Seri Anwar Ibrahim). Kalau PMX ada hati macam Tan Sri Muhyiddin tentu dia bincang kes Kedah.

“(Tapi Anwar) Tak dak, hati tak dak. Jauh beza hati depa dengan hati kita. Depa itu membara sifat balas dendam. Tiap-tiap malam menyala kalau boleh nampak pakai infrared, membara menyala-nyala. Nak balas kat orang nu, nak balas orang ni,” ujarnya.

Oleh itu seru Sanusi, mesti dipercepatkan proses pemberhentian PMX dan gerombolannya daripada terus memimpin Malaysia yang dicintai ini iaitu dengan menang di enam negeri dalam PRN akan datang. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -