Pendukung Islam perlu utama ilmu berbanding semangat

- Advertisement -

KALABAKAN: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, ahli-ahli dan pendukung PAS hendaklah mengutamakan ilmu berbanding semangat.

- Advertisement -

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, apabila menguasai ilmu seseorang itu akan berfikir dan bertindak secara rasional.

Sebaliknya, kata beliau semangat akan mendorong kita bertindak secara emosional dan melulu.

“Sebab itulah PAS memperkasakan dakwah melalui pendidikan. Begitu juga di Sabah mempunyai sektor pendidikan yang lengkap bermula kanak-kanak sehingga remaja.

“Sebelum ini, kita ada kelas PASTI dan sekarang pula berkembang pula Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI),” katanya pada program Liqa’ Fikr anjuran PAS Kalabakan di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah; Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Usman Madeaming dan ahli-ahli jawatankuasa PAS Kalabakan.

Muhammad Hanif juga berkata, setiap pendukung perjuangan Islam hendaklah menggunakan ruang dan peluang dakwah bagi melaksanakan agenda amar maaruf nahi mungkar. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -