Pemimpin PH rasa mereka ada kuasa mutlak

- Advertisement -

TANJONG KARANG: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menempelak beberapa pemimpin negara yang dilihat menyalahguna kuasa dan tindak-tanduk mereka dipertikaikan.

Beliau mempersoalkan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri daripada Pakatan Harapan (PH) yang sibuk politik dengan Bas dan Trailer Madani sedangkan mereka itu punyai tugas hakiki.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah membangkitkan isu itu pada Ceramah Perdana PN Selangor sempena program Jelajah Selangor Baharu yang diadakan di Kompleks PAS Tanjong Karang, di sini malam tadi.

Antaranya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada banyak Jabatan penting, tetapi sibuk mengumumkan kelulusan permit ceramah serta-merta, sedangkan ia perlu dikeluarkan Ketua Polis Daerah.

Hang pi baca buku undang-undang! Ada Menteri-menteri bertaraf itu sekarang ini jaga negara kita, dia rasa kuasa dia absolute (mutlak) terlalu power (kuat), dia boleh buat apa saja,” bidasnya.

Kata Sanusi, mereka itu sering bercakap mengenai mewarisi hutang negara RM1.15 trilion tetapi masih membeli bas, manakala Perdana Menteri pula kerap menaiki helikopter tanpa dapat menjelaskan sumber wang digunakan.

“Saya tertunggu-tunggu. Siapa bagi helikopter? Tak jawab sampai sekarang. Dia duk marah orang lain terima sumbangan. Parti-parti terima sumbangan dia marah, dia tangkap orang nu, tangkap orang ni, kan? Parti dia terima sumbangan.

“Helikopter itu tentulah orang taja, pasal dia kata parti dia diasaskan oleh orang miskin. Tak ada Tan Sri, Tan Sri (beri sumbangan) dia kata parti PKR itu. Helikopter itu mai mana? Hang pi kempen hari-hari PRU 15 naik heli.

“Pi sembahyang Jumaat pun naik heli. Tak dak dalam Malaysia, dia sorang je pi sembahyang Jumaat naik helikopter. Boleh masuk dalam Book of Record, pi sembahyang Jumaat naik helikopter Anwar Ibrahim.

“Tak ada Raja-raja pi naik kereta saja, sungguh. Yang di-Pertuan Agung naik kereta. Masa itu tak jadi Perdana Menteri lagi, lepas jadi PM pun naik heli juga pi sembahyang, murah ke? Saya tanya orang yang biasa sewa heli, sejam RM30,000 sewa helikopter tu.

“Berapa ratus jam dia terbang nak kempen pilihan raya? Siapa bagi duit? Hangpa pi tanya dia, dia tak jawab hari ni, saya tanya lama dah. Pasal duk cari kesalahan orang dapat sumbangan. Semua parti nak pakai duit nak masuk pilihan raya.

“Nak beli bendera nak pakai duit, tentu ada orang sumbang. Orang yang menyokong perjuangan kita, dia nak sumbang, dia punya pasallah duit dia. Bukan duit hang. Tapi itu jadi satu kesalahan sekarang.

“Tapi dia buat tak apa, orang lain tak boleh. Ini perangai PMX ni. Perdana Menteri kita ni dia buat boleh, orang lain tak boleh. Orang lain buat semua salah, dia tak salah. Larat ke kita ada Perdana Menteri lagu itu?” soal Sanusi.

Sehubungan itu beliau berkempen untuk Anwar diturunkan daripada jawatannya dan kerajaan yang ada kini digantikan dengan pilihan lebih baik iaitulah PERIKATAN NASIONAL. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -