DUN Simpang Empat tanam 100 pokok

ARAU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat turut menjayakan kempen Perlis Green Hour 2023, sekali gus membantu Jabatan Perhutanan negeri mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record dengan menanam sebanyak 150,354 pokok di seluruh negeri.

Advertisement

Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Razali Saad berkata, pihaknya menanam sebanyak 100 pokok di Pusat Internet Batas Lintang pada Sabtu lepas.

“Alhamdulillah, seramai 55 penduduk terlibat dalam program ini dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Simpang Empat, Majlis Tindakan DUN (MTD) serta masyarakat setempat,” katanya.

Di DUN Kayang pula, program ini diadakan di Masjid A’ala Behor Temak, DUN Bintong di Masjid Wang Besar, DUN Santan di pesisiran Sungai Santan dan DUN Mata Ayer di Kampung Oran.

Antara pokok yang ditanam ialah Bintong dan Tacoma.

Selain menanam pokok, DUN Mata Ayer mengadakan sukan rakyat bagi mendekati masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 5/6/2023