Misi bantuan gempa bumi Turkiye-Syria ke-5

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berikutan tragedi gempa bumi yang menimpa Turkiye-Syria menyebabkan banyak runtuhan rumah dan bangunan hancur berkecai menyembah bumi sehingga ramai penduduk setempat kehilangan tempat berteduh

- Advertisement -

Atas semangat kebersamaan dan keprihatinan, gabungan Aid 4 Turkiye & Syria meneruskan lagi misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Turkiye dan Syria

Pasukan kali ini adalah pasukan kelima yang diketuai oleh Pengarah Aid 4 Turkiye & Syria, Mohd Yusni Mat Piah bersama wakil media tempatan.

Pasukan itu berlepas ke Turkiye pada 3 Jun lalu melalui kerjasama yang telah diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) di sana.

Menurut Mohd Yusni, fokus utama bagi misi kemanusiaan itu adalah sumbangan berbentuk kontena penempatan dan makanan keperluan bagi meneruskan kehidupan mereka.

Katanya, pihak Aid 4 Turkiye & Syria mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang bagi menjayakan misi bantuan sesi lepas.

Rentetan dari sumbangan yang telah diberikan pada misi pertama sehingga misi keempat, sekretariat Aid 4 Turkiye & Syria akan mengemaskini dan meneliti semula segala bentuk sumbangan agar ia betul-betul sampai kepada tangan yang memerlukan.

Sehubungan itu, ujarnya Pihak Aid 4 Turkiye & Syria menyeru seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang mengikuti perkembangan gempa bumi Turkiye-Syria untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung bantuan mangsa gempa bumi.

Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Sejagat Relief: 12122010040554. Segala maklumat lanjut mengenai misi boleh hubungi Saudara Rashdan di talian +6017 333 3881 – HARAKAHDAILY 4/6/2023