Kenapa Negeri Sembilan ‘Darul Khusus’?

- Advertisement -

ORANG selalu bercerita tentang asal usul nama Negeri Sembilan. Tapi jarang orang menerangkan makna Darul Khusus yang menjadi gelaran negeri istimewa ini.

- Advertisement -

Untuk menjawab persoalan ini, ada dua pendapat boleh dikemukakan menurut Felo Penyelidik Kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM, Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin.

Pertama, pendapat yang menyatakan Darul Khusus itu adalah kerana Negeri Sembilan khusus kepada Adat Perpatih.

Macam yang kita sedia maklum, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Gelaran ‘Khusus’ ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Negeri Sembilan mempunyai status istimewa dalam konteks Kesultanan Melayu kerana memiliki bentuk pemerintahan yang berbeza daripada negeri lain.

Pandangan kedua pula mengatakan Negeri Sembilan digelar Darul Khusus kerana negeri ini adalah tempat ramainya berkumpul guru-guru tasawuf.

Jadi, ‘Khusus’ itu merujuk kepada ramainya alim ulama tasawuf di Negeri Sembilan dari Pekan Senaling sehingga ke Seri Menanti.

Walau apapun faktor, Negeri Sembilan sememangnya sebuah negeri yang unik dan secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.

Jadi agak-agak apa sejarah di sebalik gelaran Darul negeri lain? – HARAKAHDAILY 3/6/2023

- Advertisement -