Asnaf terharu terima sumbangan PAS Libaran

- Advertisement -

SANDAKAN: Tiga keluarga asnaf di Kampung Pulau Nunuyan di sini, terharu apabila menerima kunjungan pemimpin PAS Libaran yang datang menyampaikan sumbangan pada program ziarah semalam.

- Advertisement -

Suratni Arisah, seorang asnaf yang menyara enam anak selepas kematian suaminya menzahirkan penghargaan kepada pemimpin PAS kerana menziarahi sambil memberi bantuan bakul makanan.

“Terima kasih sangat-sangat kepada PAS atas sumbangan ini, saya cukup menghargai,” katanya ketika ditemui.

Rombongan PAS Libaran yang diketuai Yang Dipertuanya, Abdul Wara Mohammad menyantuni dan bertanya khabar penduduk di kampung tersebut.

Pemimpin PAS menziarahi penduduk Libaran.

“Kami datang ke Kampung Pulau Nunuyan bagi menyantuni penduduk sambil menghulurkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang kehilangan suami dan mereka yang ditimpa penyakit,” katanya.

Katanya, program ziarah berkenaan akan diteruskan beberapa siri pada masa akan datang.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid; Ketua Lajnah Kesihatan PAS Sabah, Dr Nafsah Dulajis dan Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem. – HARAKAHDAILY 3/6/2023

- Advertisement -