PERIKATAN NASIONAL ada peluang cerah di Selangor

Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi
- Advertisement -

SHAH ALAM: Unsur-unsur tidak puas hati khususnya di peringkat bawah dan gelombang hijau memberi kelebihan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam misi meluaskan pengaruh di Selangor.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, elemen tidak puas hati penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka memberi kelebihan kepada PN.

Faktor lain, katanya akar umbi serta bekas pemimpin Umno dan DAP di Selangor turut memberi kesan kepada kerajaan PH yang ada sekarang.

“Hasil gerak kerja dan pemerhatian PAS Selangor memperlihatkan kita mempunyai peluang baik untuk menawan Selangor.

“Ia dapat dilihat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, kita nampak gelombang rakyat menyokong.

“Dan kita akan terus menyusun strategi untuk meyakinkan rakyat dan merealisasikan peluang yang terbuka luas sekarang,” katanya pada temubual ekslusif bersama Harakah dan Medsos di sini semalam. – HARAKAHDAILY 1/6/2023

Ikuti temubual lanjut dalam Harakah versi cetak Isnin ini.

- Advertisement -