Menteri Kewangan perlu sepenuh masa di MOF

- Advertisement -

YAB, saya tidak sebut puncanya, tetapi fokus kepada penyelesaiannya.

Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa di MOF, ‘a strong, formidable, convincing Finance Minister’, kerana hampir mustahil Perdana Menteri boleh memikul dwi-fungsi ini dalam tempoh kritikal sekarang.

Diketahui bahawa wewenang Menteri Kewangan sangatlah rumit, perlu membuat banyak keputusan penting, menyemak dan menandatangani banyak dokumen setiap hari. 

Malah sebahagian tugasan sulit ini tidak boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, apatah lagi Timbalan Menteri bukanlah ahli Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri.

Justeru bagi meringankan beban YAB, saya syorkan bolehlah dilantik seorang ‘Menteri Kewangan Kedua’ dari kalangan Teknokrat berkaliber, ataupun dilantik YB Ahli Parlimen Titiwangsa yang tidak kurang layaknya, seperti dicadangkan oleh Saudara Khairy Jamaluddin tempoh hari.

YB MOHD SYAHIR CHE SULAIMAN
Ahli Parlimen Bachok
1 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 1/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -