Isteri Mursyidul Am PAS kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KANGAR: Isteri Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Datin Ustazah Sarah Rejab kembali ke rahmatullah akibat kegagalan fungsi hati pada jam 7 petang tadi di Hospital Tuanku Fauziah, di sini.

- Advertisement -

Perkara itu disahkan oleh anaknya yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Nadiyah Hashim ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Almarhum merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik merupakan anak jati Perlis yang lahir di Kampung Pauh 3 Beradik, Arau pada 18 Jun 1946.

Almarhummendirikan rumah tangga bersama Tuan Guru Hashim Jasin  pada umur 23 tahun manakala Tuan Guru ketika itu berumur 30 tahun.

Almarhumbersikap rendah diri lebih mudah membahasakan dirinya Makcik Sarah daripada digelar dirinya sebagai Datin.

Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata, Nabilah, Faiz, Hamimah, Nadia dan Husna.

Almarhumpernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Arau dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis selama tiga penggal.

“Untuk istiqamah dalam perjuangan Islam, perkara penting yang perlu ada ialah ilmu dan kesabaran. Yang penting pelajarilah ilmu untuk disampaikan kepada ummah dan dalam mengurus organisasi,” begitulah pesanan penting kepada anak muda untuk terus istiqamah dalam perjuangan semasa penulis menemu ramah beliau pada tahun 2020. – HARAKAHDAILY 1/6/2023