Tak tweet di China: Musk pulang ke AS hari ini

Elon Musk berjalan di samping Naib Presiden Kanan Tesla China, Tom Zhu (kanan) dan Naib Presiden, Grace Ho ketika meninggalkan sebuah hotel pada 30 Mei 2023. (FOTO: REUTERS)
- Advertisement -

SHANGHAI: Sejak tiba di China Selasa (30 Mei) lalu selepas kali terakhir berkunjung ke negara itu pada 2019, Elon Musk yang sehingga kini tidak mengemaskinikan akaun twitternya dilaporkan telah terbang pulang ke Amerika Syarikat pada hari ini, Khamis (1 Jun).

- Advertisement -

Jet peribadi Musk, Gulfstream G650ER 2015 berlepas dari lapangan terbang Honqiao di Shanghai, China pada jam 11 pagi (0300 GMT) pada hari ini merujuk kepada data penjejakan penerbangan China, menuju ke Austin, Texas, lokasi ibu pejabat syarikat pengeluaran kereta elektrik, Tesla.

Ia mengakhiri lawatan Musk ke China, yang telah menyaksikan beliau menyatakan harapan untuk mengembangkan perniagaan di pasaran terbesar di dunia untuk kenderaan elektrik keluaran Tesla.

Sehingga awal pagi 30 Mei, Musk telah mengemaskini tweetnya setiap hari sepanjang tahun 2023 ini dan kebiasaan sebanyak beberapa kali. 

Namun kali ini, ia merupakan tempoh paling lama beliau berhenti tweet pada tahun ini, yang mana menurut sebuah laman web pengagregatan penerbangan, ADS-B Exchange, jet peribadi Musk telah dikesan meninggalkan Alaska pada pagi Selasa (30 Mei) waktu Asia, dan telah dilihat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada hari yang sama.

Kali terakhir Musk berhenti tweet yang dalam tempoh masa yang sama adalah pada Jun 2022, ketika beliau membuat urusan pembelian saham syarikat Twitter.

Senario Musk itu dikatakan ada kaitan dengan banyak platform media sosial asing diharamkan di China, termasuk Twitter dan Facebook, walaupun ia boleh diakses secara meluas melalui rangkaian peribadi maya atau VPN, lapor Bloomberg.

Musk, yang juga mengendalikan Tesla Inc., dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan China dan pemimpin perniagaan tempatan semasa lawatannya itu, dan berkata kepentingan China dan Amerika Syarikat adalah saling berkaitan. 

Pengguna boleh mengakses media sosial dan tapak berita yang dilarang sepertimana di China melalui VPN, alat yang membolehkan pengguna memintas jentera penapisan republik itu  dengan mencipta sambungan yang selamat dan disulitkan.

Penggunaan peribadi VPN adalah haram di China  tetapi penguatkuasaan tidak sekata dan orang ramai di China berterusan menggunakan perkhidmatan tersebut biarpun merupakan suatu larangan.

Scenario terbaharu Musk yang tidak aktif tweet sejak berada di China itu menyebebkan beberapa pengguna tertanya-tanya sama ada bilionair tidak pandai menaplikasikan VPN atau beliau merasakan ia tidak sesuai untuk melakukan perkara yang dilarang kerajaan negara itu.

Bagaimanapun, Musk dilaporkan mempunyai jadual yang sibuk di Cina, termasuk bertemu kakitangan di kilang Tesla di Shanghai lewat petang semalam, Rabu (31 Mei). – HARAKAHDAILY 1/6/2023

- Advertisement -