‘PN terima dana judi’: Drama yang kantoi

- Advertisement -

WALAUPUN ‘saksi’ ini hanya hadir selepas enam bulan dakwaan Perdana Menteri ke-10 (PMX) bahawa PN menerima dana judi, dan itupun setelah tular jawapan Menteri Undang-undang terhadap soalan saya, saya dapati ramai penyokong kerajaan jadikan ia sebagai satu modal baru, kononnya ‘nah bukti sudah tiba…’

Oklah, kita terima dan kita minta SPRM siasat. Sesi akan datang saya akan ajukan soalan, ‘Berdasarkan maklumat yang baru diterima SPRM pada hujung bulan Mei yang lalu, setakat manakah siasatan berhubung dakwaan PERIKATAN NASIONAL menerima dana judi di dalam kempen PRU15?’

Pada agakan saya, jawapan Menteri ialah, ‘Walaupun SPRM telah menerima maklumat baru, namun maklumat itu tidak mencukupi untuk membolehkan SPRM membuka kertas siasatan dan dakwaan berhubung dana judi tersebut masih belum dapat dipastikan kesahihannya oleh SPRM…’ (skema jawapan saya sediakan).

Sekali lagi nanti, jawapan itu membuktikan (sekali lagi) bahawa dakwaan dana judi itu ialah fitnah, setelah Kerajaan PMX tertekan, datang pula barangkali ‘saksi baru’ yang lain serahkan bukti baru. Penyokong Kerajaan PMX sekali lagi akan berpesta dengan adanya modal baru.

Kemudian saya pun akan tanya lagi, Menteri pun akan jawab lagi… begitulah berulang kali sehingga Abang Jamil …

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 31/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -