Muslimat perlu berani bawa syariat di tengah masyarakat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Muslimah International Summit Kelantan (MISK) 2023 yang berlangsung semalam sepakat meningkatkan kebersamaan semua pihak bagi memartabat dan melaksanakan Gagasan Wanita Solehah Kelantan.

- Advertisement -

Selain itu mengukuhkan kolaborasi pelbagai agensi dalam menjayakan matlamat Wania Mukminah, Dinamik, Cakna, Bijaksana dan Sakinah.

Resolusi lain merakyatkan pendekatan dan pelaksanaan pelan tindakan Wanita Solehah, mengutamakan aspek kejayaan matlamat selari dengan kecemerlangan pelaksanaan.

Dan terakhir mempromosikan pencapaian negeri Kelantan dalam aspek pembangunan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, MISK sebagai platform antarabangsa wanita Islam bagi memastikan mereka berani menghadapi cabaran.

Katanya muslimat perlu tampil dengan optimis, kental dan berani bagi membawa syariat di tengah masyarakat dan wanita antarabangsa.

“Semoga Persidangan Antarabangsa Muslimah Kelantan mampu membentuk wihdatul fikri dan wihdatul amal antara wanita Kelantan dan wanita Islam di seluruh dunia,” katanya ketika merasmikan MISK di sini semalam.

Persidangan tersebut diadakan sejak 2016 turut dihadiri seramai 33 perwakilan wanita dari 18 negara.

Seramai 200 peserta menghadiri MISK termasuk wakil agensi kerajaan, NGO dan kepimpinan wanita tempatan dan luar Kelantan. – HARAKAHDAILY 30/5/2023

- Advertisement -