Umno pikul beban berat di Terengganu

- Advertisement -

BEBANAN yang ada pada Umno Terengganu terlalu berat untuk ditawarkan sebagai pengganti kepada PAS di Terengganu. 

Salah satu isunya adalah isu rampasan 12,946 lot tanah rakyat Terengganu yang dibuat oleh Umno ketika jadi kerajaan pada 2004. 

12,000 tanah ini merupakan tanah pemberian Kerajaan PAS ketika PAS jadi kerajaan pada 1999-2004. 

Bertukar kerajaan, tanah rakyat jadi mangsa. Malah ada rumah-rumah yang telah didirikan atas tanah ini dirobohkan. 

Lebih menyedihkan masjid juga dirobohkan. Contohnya Masjid Bujal di Kemaman, boleh tengok lagi video-video perobohan dan air mata rakyat di Youtube.

Alhamdulillah, selepas PAS kembali mentadbir Terengganu. Tanah yang dirampas ini dikembalikan semula dengan dibuka permohonan kembali. 

Hanya 8,834 sahaja yang memohon daripada 12,000 yang dirampas. Selebihnya dikatakan telah meninggal dunia. Huh, sampai mati hak mereka dinafikan. 

Track record dan sejarah yang tidak baik ini, merupakan bebanan yang berat bagi Umno Terengganu.

Ini tidak diceritakan lagi isu projek-projek sakit, projek gajah putih dan gelaran Terengganu Darul Runtuh. 

Tambah pula dengan isu bergabung dengan PH-DAP, berat bahu Umno Terengganu untuk memikulnya. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 29/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -