Selamat Hari Wartawan Nasional

- Advertisement -

PROFESION wartawan merupakan satu profesion mulia yang tidak mampu digalas oleh semua orang.

Berpanas terik dan perlu ke merata-rata tempat bagi mendapatkan berita untuk disajikan kepada para pembaca termasuklah berkaitan hal ehwal negara dan isu semasa.

Menerusi petikan khutbah Jumaat di Perak pada minggu lalu, ada tiga peranan utama sebagai seorang wartawan.

Pertama, mendapatkan dan mengumpul maklumat. Kedua, mengolah berita untuk difahami oleh pembaca, pendengar dan penonton secara mudah. Ketiga, menyampaikan dan menyebarkan maklumat secepat kepada golongan masyarakat.

Tanpa mengira siang dan malam, mereka terus menyampaikan berita buat kita semua tanpa henti. 

Semoga berita yang dihasilkan oleh para wartawan di negara kita adalah berita yang berkualiti, berfakta dan tidak menyimpang daripada kebenaran untuk tatapan warga masyarakat.

Terima kasih buat semua wartawan dan pengamal media yang terus konsisten menyajikan berita terbaik untuk kita semua.

Selamat Hari Wartawan Nasional.

DATUK IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS – HARAKAHDAILY 29/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -