Sampah: Terima kasih pengadu, majlis daerah

Kanizam (kanan) semasa meninjau kawasan yang diadukan penduduk.
- Advertisement -

LAHAD DATU: “Isu timbunan sampah yang berlaku di sekitar Lahad Datu hampir selesai,” kata Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Kanizam Kamis.

- Advertisement -

Menurutnya, isu itu berlaku bermula sebelum Ramadan lagi kerana sampah tidak dipungut mengikut jadual oleh pihak konsesi yang telah dilantik oleh Majlis Daerah Lahad Datu.

“Antara alasan yang diberikan oleh pihak konsesi ialah kekurangan lori menyebabkan masalah ini berlaku.

“Dengan jumlah lori yang tidak mencukupi dan peningkatan ketara jumlah sampah terutama di musim perayaan menyebabkan masalah ini berlaku,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Kanizam berkata masalah itu sudah hampir diselesaikan kerana kebanyakan tempat yang mempunyai masalah timbunan sampah sudah mula dibersihkan.

Menurut beliau, antara tindakan yang telah dilakukan ialah dengan mengadakan pertemuan dengan pengadu dan bertanya masalah.

Katanya, setiap aduan telah dibawa ke dalam mesyuarat penuh khas bersama dengan pihak konsesi.

Belaiau menambah, pihaknya telah mencadangkan penyelesaian seperti menambah jumlah tong sampah, lori yang sedia ada serta menyewa lori bagi mempercepatkan pungutan sampah.

“Terima kasih kepada masyarakat yang telah membuat aduan, jadi kami tahu apa masalah yang berlaku.

“Terima kasih juga kepada pihak majlis daerah kerana cepat mengambil tindakan dengan mengadakan perbincangan bersama pihak konsesi,” ujarnya lagi.

Beliau berharap, masyarakat sentiasa memberikan maklumat kepada pihaknya bagi menyelesaikan masalah terutamanya melibatkan keselamatan dan keselesaan orang ramai. – HARAKAHDAILY 29/5/2023

- Advertisement -