Kanak-kanak hilang dijumpai dalam keadaan lemah

Foto daripada Facebook PDRM Pulau Pinang.
- Advertisement -

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada 26 Mei lepas, ditemukan selepas 24 jam dalam keadaan lemah.

- Advertisement -

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata orang awam telah menemukan kanak-kanak itu di kawasan semak Permatang Keriang, Penaga dalam jaraknya lebih kurang dua kilometer (km) dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan lemah pada hari berikutnya sekitar pukul 6 petang lalu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan terdapat kecedaraan patah rahang, luka di bahagian dagu dan belakang kepala, lebam di dada dan belakang badan serta patah dua batang gigi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Khaw berkata punca kecederaan kanak-kanak itu belum diketahui dan pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci serta memohon orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Kanak-kanak itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada sekitar 1 tengah hari Jumaat lalu dan didapati tidak pulang ke rumahnya selama 24 jam. – BERNAMA

- Advertisement -