LEBIH 100 mahasiswa luar negara dan diaspora yang kini menetap di United Kingdom menghadiri sesi dialog bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus secara atas talian semalam di United Kingdom.
Ketika program itu, Dr Ahmad Yunus menerima 10 soalan utama berhubung pelbagai perkara termasuk isu air, gelombang rakyat terhadap PN, anak jati sebagai Menteri Besar Selangor, kelewatan kertas undi, poster boy, tawaran untuk anak muda, undi protes penyokong PH dan sebagainya.
Berhubung isu air yang telah menjadi isu nasional, peruntukan wajar disalurkan secara adil walaupun negeri mempunyai cukup kepakaran tetapi tidak boleh dilaksanakan tanpa bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, kelewatan menerima kertas undi dari SPR juga turut dijawab dan pihak SPR wajar melihat kepada isu ini dan perlu dipertanggungjawabkan atas kelewatan kerana hak untuk memilih telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Turut dijawab mengenai gelombang rakyat yang dibangkitkan seperti yang berlaku di Parlimen Kuala Langat pada PRU15 yang lalu di mana wujud undi protes terutamanya di kalangan ahli DAP malahan ahli Umno sendiri yang tidak dapat menerima tindak-tanduk pemimpin mereka pada hari ini. Bekas pemimpin utama Umno seperti Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa juga telah memberi komitmen untuk membantu memberi kemenangan kepada PN di Negeri Selangor.
Program dialog tersebut telah dianjurkan oleh oleh Kelab PAS UK dan Ireland dan yang pertama kali dibuat sejak PRU15 yang lalu.
Turut bersama ke program adalah Haji Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir, Setiausaha PAS Selangor yang turut mengulas berkenaan tawaran PN Selangor untuk mencalonkan Menteri Besar dan barisan Exco di kalangan anak jati negeri ini.
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR
29 Mei 2023 / 9 Zulkaedah 1444 – HARAKAHDAILY 29/5/2023
Dialog tertutup PAS Selangor di UK dan Ireland
Bersama mahasiswa luar negara dan diaspora
- Advertisement -