Azizul puas hati menang empat emas di Hong Kong

Foto daripada Facebook Azizulhasni Awang.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang berpuas hati dengan pencapaian pada Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II, semalam.

- Advertisement -

“Alhamdulillah penutup yang sempurna hari ini (semalam) apabila saya sekali lagi memenangi pingat emas di dalam acara men’s sprint.

“Secara keseluruhan saya mendapat empat pingat emas untuk empat acara dan sudah tentu saya berpuas hati dengan persembahan di sini,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan, Muhammad Fadhil Zonis yang mendapat pingat gangsa selepas menewaskan pelumba dari Kazakhstan dengan kemenangan 2-1 yang diadakan di Velodrom Hong Kong iyu.

“Tahniah juga buat pelumba muda negara, Amber Yong yang mendapat pingat emas untuk acara women’s keirin junior sekali gus melengkapkan tiga pingat emas untuk kategori women junior,” ujar pelumba kelahiran Dungun itu.

Azizulhasni turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan doa untuknya dan rakan sepasukan serta berharap semoga pasukan lumba basikal Malaysia akan terus cemerlang. – HARAKAHDAILY 29/5/2023

- Advertisement -