106,423 penduduk terima hak milik tanah sejak 1990

- Advertisement -

TANAH MERAH: Seramai 106,423 penduduk Kelantan menerima geran hak milik tanah sejak tahun 1990 dengan keluasan 229,839 hektar.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, jajahan Tanah Merah antara yang tertinggi menerima hak milik tanah iaitu 16,561 penerima dengan keluasan 37,657.3 hektar.

“Bagi hak milik individu baru pula, keseluruhan sebanyak 76,086 penerima dengan keluasan 145,530.8 hektar di mana bagi jajahan Tanah Merah 15,196 penerima dengan keluasan 35,285.1 hektar.

“Proses permohonan tanah seluruh Kelantan sentiasa disemak, diberi perhatian oleh kerajaan negeri sebelum dipanggil untuk proses temuduga.

“Laporan yang ada pada kita, permohonan tanah oleh rakyat Jajahan Tanah Merah antara yang tertinggi selain Kuala Krai dan Jeli,” katanya pada majlis penyampaian surat hak milik tanah di Masjid Iktikaf Kampung Panjang, Mukim Gobek dekat sini hari ini.

Seramai 243 penduduk menerima gerak hak milik pada majlis tersebut. Turut hadir anggota Exco Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman, Adun Bukit Panau Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Jajahan Tanah merah Mohamad Yusof Hassan.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri sentiasa melulus permohonan tanah yang dipohonkan rakyat, namun perkara itu tidak diketahui umum. – HARAKAHDAILY 29/5/2023

- Advertisement -