Bukan Islam kaji kehidupan Nabi akhirnya peluk Islam

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH buku Jejak Nabi Muhammad SAW dan Tafsir al-Tibyan Surah al-Fatihah telah dilancarkan petang tadi bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

- Advertisement -

Sirah Nabawiah mengajarkan semua jenis ilmu dengan memperlihatkan kita bagaimana Nabi Muhammad SAW sebagai ketua keluarga, pemimpin, ketua negara dan juga jeneral tentera. Nabi SAW merupakan contoh dalam semua perkara.

Ini kehebatan sirah nabawiah kerana Nabi SAW dipandu oleh wahyu. Pemimpin yang terkemudian tidak ada wahyu yang turun untuk menjadi petunjuk.

Maka menjadi kewajipan untuk mengkaji sirah nabawiah, tafsir-tafsir dan hadis-hadis untuk memahami bagaimana Nabi menangani masalah-masalah supaya kita dapat mengembalikan Islam sebagai petunjuk kepimpinan.

Peranan kita adalah untuk menyebarkan ilmu kepada semua. Termasuklah di kalangan ilmu-ilmu tersebut adalah ilmu sirah nabawiah supaya perjalanan hidup Nabi SAW menjadi petunjuk hidup kita.

Ramai kalangan bukan Islam yang mengkaji kehidupan Nabi yang akhirnya memeluk Islam kerana kajian mereka.

Atas dasar ini, saya memberikan sumbangan ilmu dengan penulisan buku Jejak Nabi Muhammad ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada seluruh masyarakat.

TAN SRI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Penaung Yayasan Permata Ummah – HARAKAHDAILY 27/5/2023

[Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad SAW dan Syarahan Perdana, 27 Mei 2023]

- Advertisement -