YB Hanna Yeoh,
Berlaku jujur, apa sebenarnya berlaku ketika itu? Kerajaan PH yang memerintah ketika itu, tidak mempunyai persefahaman. Dari rakaman mesyuarat bersatu pusat, jelas PH berantakan ketika itu. Pergolakan dalaman dalam PH sudah berada tahap kemuncak.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng banyak membuat tindakan yang tidak dipersetujui Perdana Menteri sehingga Tun Mahathir terpaksa mengugut untuk memecat Lim Guan Eng. Ekonomi orang Melayu jadi korban dalam terpaksa.
Perdana Menteri juga menerima tekanan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahukan pelan peralihan kuasa Perdana Menteri kepadanya ditetapkan segera persis singa lapar menanti mangsa.
Lantas kerana ketamakan kuasa membawa kepada Perdana Menteri Kerajaan PH ketika itu meletakkan jawatan dan membiarkan negara pada ketika itu tidak mempunyai kerajaan.
Maka mengambil semangat demokrasi, YDPA pada ketika itu memanggil semua parti-parti politik yang ada untuk mempersembahkan SD sokongan dan memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Maka sangat tidak adil menuding jari kepada pihak lain atas kegagalan PH dalam menguruskan negara.
Seperti kata pepatah ‘sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah’. Disebabkan PH tidak pandai memerintah, dia menyalahkan pihak lain.
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 25/5/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid0238zySBxcq4tkVQAHat6EKx9VzJQKc8S4ZYTeCHPXVMjSCsNsgqHsCc7URyqqcEJ7l/?mibextid=CDWPTG
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Tidak mampu mentadbir, berangan macam Pak Pandir
Pakatan Harapan