Tak percaya?

- Advertisement -

KITA maklum rumah nelayan kos RM145,000, kerajaan nak jual kepada rakyat dengan harga RM54,000 sahaja. Ada orang kata ambo pelawok dan kecek modal pilihan raya saja.

Jawapan ambe, tak apalah kalu dok ccayo. Kita beri kepada hok ccayo. Rumah itu pun 150 unit saja. Bukannya banyak pun.

Dulu masa kita janji nak selesai isu lesen nelayan sampan, ramai yang tak percaya sebab biasa kena tipu diagihkan borang permohonan lesen sampan bila dekat pilihan raya dan akhirnya senyap. Dia ingat kita pun sama penipu. Alhamdulillah, tahun 2021 sebanyak 600 lesen sampan nelayan berjaya diagihkan. 

Yang tak percaya itulah akhirnya tersenyum lebar terima buku lesen. Ada yang tak percaya dan tak mohon. Loni duk ulang tanya kita sebab apa dia tak dapat lesen padahal dia pun nelayan juga. 

Ambe tahu doh, kawan-kawan nelayan royat, inilah orang yang kuat nnakir atah wokah kata pelawok belako nak selesai lesen nelayan. 

Masa 8 buah bot pecah dipukul ombak di Mengabang Telipot, kita janji nak bantu. Ada juga yang tak percaya. Akhirnya kita bantu sungguh dengan nilai beribu-ribu seorang. Yang tak percaya itu pergi baiki bot dan hantar bil nak claim dengan kita walaupun bot dia tak terlibat bencana ombak. 

Kita janji nak selesai tanah tapak rumah generasi kedua Felda Selasih ramai yang tak percaya. Dapat Jadual 5A tapi tak pergi bayar sebab kata palsu. Dah terima geran hak milik pun masih cakap di kedai kopi kata geran palsu.

Cerita orang tak percaya ini berlaku sejak zaman Nabi Adam lagi. Rasul utusan Allah pun ramai yang tak percaya. Setakat kita apalah sangat. 

Ceria-ceria selalu. Life is simple. 

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa 
Negeri Terengganu Darul Iman – HARAKAHDAILY 26/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -