Salah kecewa Liverpool gagal ke Liga Juara-Juara

- Advertisement -

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, kecewa dengan kegagalan kelabnya mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

- Advertisement -

Kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Chelsea, menamatkan harapan Liverpool untuk mendapat tempat dalam pertandingan kelab utama Eropah.

Skuad kendalian Juergen Klopp berada di tempat kelima, empat mata di belakang empat teratas dengan baki satu perlawanan.

Musim lalu, Liverpool menamatkan saingan hanya satu mata di belakang juara Liga Perdana, Manchester City, tetapi kecederaan dan prestasi buruk menyebabkan kelab itu gagal menyahut cabaran dalam kempen musim ini.

“Saya benar-benar kecewa,” kata Salah di Twitter. “Tiada alasan sama sekali untuk ini. Kami mempunyai segala yang diperlukan untuk mara ke Liga Juara-Juara tahun depan dan kami gagal.

“Kami adalah Liverpool dan paling kurang adalah layak ke pertandingan itu. Saya minta maaf kerana mengecewakan anda dan diri kami sendiri,” katanya.

Liverpool akan menentang Southampton dalam perlawanan terakhir musim ini, Ahad ini. – REUTERS

- Advertisement -