Dana judi: Tuduhan PM sudah terkoyak

Mohd Firdaus Nawi
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemimpin utama kerajaan PH-BN dianggap seorang insan kreatif yang suka berimaginasi melalui kuasa politik tanpa menghirau fitnah atau sebaliknya.

- Advertisement -

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Mohd Firdaus Nawi berkata, akhirnya tuduhan yang ditelan mentah sebelum ini sudah terkoyak sekarang.

“Walhasil hari ini terang tidak perlu bersuluh, tiada dana judi disumbangkan untuk PN dan ia disahkan menteri di Dewan Rakyat,” katanya di sini.

Pada Disember lepas Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilapor membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang Dan Reformasi Institusi) Dato’ Seri Azlina Othman memberitahu siasatan SPRM mendapati tiada pihak yang boleh mengesahkan isu terbabit.

Mohd Firdaus juga berkata, tindak tanduk pemimpin PH terbabit tidak akan lupa rakyat Malaysia selama-lamanya. – HARAKAHDAILY 26/5/2023

- Advertisement -