Cendekiawan, teknokrat bantu bangun Terengganu

Mohd Shuhaimi Embong
- Advertisement -

KEMAMAN: Rakyat Terengganu diajak berkongsi pandangan dengan golongan profesional mengenai pembangunan negeri melalui Konvensyen Pendemokrasian Cendekiawan dan Umarak Teknokrat Terengganu 2023.

- Advertisement -

Program itu diadakan dengan kerjasama Darul Iman Training Centre (DITC), Universiti College TATI dan EPIC akan diadakan bermula esok dan Ahad ini.

Pengarah Program Mohd Shuhaimi Embong berkata, program itu akan dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Selain itu Penulis Buku Orang Terengganu, Dato’ Dr Muhammad Abu Bakar serta Rektor UC TATI, Dr Anuar Ahmad.

“Golongan akademik juga akan turut hadir pada konvensyen dua hari tersebut,” katanya pada kenyataan di sini.

Oleh itu beliau mempelawa orang ramai menghadiri konvensyen terbabit yang akan diadakan di Pusat Latihan Kecemerlangan Negeri Terengganu (DITC), Kemaman.

Menurutnya juga konvensyen tersebut bertujuan mempromosi dan memperkenalkan golongan-golongan cendekiawan dan teknokrat yang memimpin Terengganu sekarang kepada orang ramai.

“Ini juga untuk memberikan kefahaman orang ramai turut memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/5/2023

- Advertisement -