Ubah kuasa menteri kepada jemaah menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dr Halimah Ali (PN-Kapar) mencadangkan kuasa menteri diubah kepada jemaah menteri dalam pindaan Rang Undang-undang (RUU) Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023.

- Advertisement -

Beliau berkata, antara terma yang perlu dipinda iaitu Seksyen 1 dalam Akta 725 mengenai kuasa penuh seorang menteri untuk menguatkuasa peraturan dalam akta itu.

Katanya, perkara tersebut perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan yang pernah memperjuangkan agenda untuk melaksanakan reformasi atau pembaharuan dalam pentadbiran.

“Seolah-olah memberikan satu kuasa yang begitu besar kepada menteri, mana-mana menteri bukan sahaja menteri yang ada sekarang ini sebab ini ada undang-undang yang nak kita luluskan.

Beliau berkata demikian ketika menyertai perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dr Halimah berkata, mungkin ada penambahbaikan yang diperjuangkan oleh Kerajaan Madani ini, apalah salahnya kalau diletakkan di sini bukan sahaja menteri tetapi jemaah menteri. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -