Tiada siasatan dibuka dakwaan PN terima dana judi

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan kajian terperinci berkaitan dakwaan parti-parti di dalam PERIKATAN NASIONAL (PN) mendapat sumbangan daripada dana judi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan terhadap dakwaan bahawa terhadap parti-parti di dalam PERIKATAN NASIONAL mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen pilihan raya umum yang lepas. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -