Malam Tiktokers Kelantan bersama MP muda

- Advertisement -

PERTAMA sebetulnya program ini adalah inisiatif Urusetia Belia Dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan mengumpulkan sebahagian besar Tiktokers Kelantan yang berpengaruh dalam semua genre.

Kedua agenda besar program ini adalah memberikan panduan dan lingkaran sempadan buat semua Tiktokers Negeri Kelantan agar memahami media sosial adalah wahana sebaran dakwah yang ‘energetik’ dan ‘trending‘ sebagai pemugar minat orang terhadap sesuatu yang positif dalam masyarakat.

Ketiga mengajak untuk memahami bahawa setiap kita yang menggunakan media sosial perlu meletakkan pertimbangan baik-buruk dan dosa-pahala dalam setiap muat naik. Tidak percuma posting, apa lagi like, share dan comment melainkan akan menjadi saham kita di akhirat walaupun menggunakan akaun tanpa profil diri sebenar.

Ya. Jika betul landasannya akan segera ke destinasi dan jika salah jalan, mohon  Allah kembalikan kita ke tikar taubat sebelum kafan membungkus diri.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
05 Zulkaedah 1444 / 25 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -