K’jaan BN-PH Perak gagal lindung kedaulatan, maruah Melayu

Tanah Rizab Melayu

- Advertisement -

IPOH: Kerajaan BN-PH Perak dilihat gagal melindungi kedaulatan hak milik dan maruah orang Melayu apabila Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri ini dimiliki oleh bangsa lain.

Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria menegaskan, beliau bukan mahu bersikap perkauman, tetapi peruntukan berkaitan TRM adalah hakikat dan fakta.

Katanya, walaupun sudah lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan dan Amanat Raja-raja Melayu menetapkan hak 50 peratus TRM itu, namun ia tidak berlaku.

“Kita (di negeri Perak) baru ada 45.1 peratus (jumlah TRM). Rakyat kena tahu ini,” ujarnya ketika Persidangan DUN Perak di Bangunan Darul Ridzuan, di sini semalam.

Razman (PN-Gunung Semanggol), isu tersebut melibatkan hal ehwal kelulusan tanah di mana ia sangat penting kerana isu sensitif melibatkan rakyat dan pengurusan yang berkaitan dengannya.

Beliau menggesa Kerajaan Negeri Perak memberi pengesahan isu yang berbangkit kerana tindakan melakukan perkara mengikut peraturan adalah termasuk dalam kestabilan politik.

Sebaliknya bidas beliau, tanpa mengikut peraturan telah sedia ada akan menyebabkan ketidakyakinan kerana difahami sebagai ketidakstabilan di mana sukar menarik pelabur.

“Jadi kita nak minta supaya bagi penjelasan, macam mana perkara ini (status TRM) boleh bertukar?” desaknya yang mahu perubahan status TRM dikemukakannya itu.

Kata Razman, beliau berasa kesal dengan perkara tersebut yang didakwa berlaku di Manjung di mana ribuan ekar TRM telah ditukar milik kepada syarikat bukan-Melayu.

Beliau sebelum itu mengingatkan Dewan mengenai peruntukan Perlembagaan dan Enakmen berkenaan TRM selain membacakan Wasiat Raja-raja Melayu.

“Saya baca dulu. Pada tarikh 5 Ogos 1957 Duli-duli Yang Maha Mulia sembilan Raja Melayu sebagai raja pemerintah daripada empat negeri Melayu Bersekutu dan lima negeri Melayu Tidak Bersekutu.

“Telah memberikan penekanan penurunan tandatangan persetujuan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat. 

Before kita buat Perlembagaan. Saya baca yang kedua sahaja. ‘Kami isytihar dan kami simpan untuk kamu, dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain daripada gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu’.

’50 percent of tanah ~yang ada di sini is a Tanah Rizab Melayu itu~. Dan sehingga 50 peratus dan selebihnya kamu rebutlah’. Hat lebih 50 peratus tak apalah kita nak kongsi dengan siapa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -