Campur tangan YB Dr Halimah membuahkan hasil

- Advertisement -

“7 kali keluar masuk hospital sebab batuk, sesak nafas…” – Penduduk Batu 14, Kapar.

- Advertisement -

Puncanya asap tebal dari tapak pembuangan sampah haram. Sudah 3 tahun tapak haram itu beroperasi.

Kesian penduduk sekitar. Bahaya asap sampah daripada pembakaran sisa plastik. Ada bahan toksik seperti dioxin yang boleh menyebabkan kanser.

Bukan kecil tapak haram tersebut, seluas 5 hingga 8 padang bola sepak! Bayangkan betapa banyak dan menimbunnya sampah di situ.

Mujur selepas penduduk berjumpa YB Kapar untuk mengadu masalah ini, YB Dr Halimah Ali terus berhubung dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Alam Sekitar.

Tinjauan dibuat untuk dengar sendiri keluhan penduduk. Ramai yang sudah mengalami masalah sesak nafas, batuk, sakit kulit dan lemah tubuh badan.

Alhamdulillah, campur tangan YB Dr Halimah Ali membuahkan hasil. MPK dan agensi yang terlibat telah mengambil tindakan segera membersihkan longgokan sampah di tapak haram tersebut.

Tahniah buat MPK dan semua yang terlibat atas tindakan segera.

Terima kasih YB Dr Halimah! Syukur Selangor ada wakil rakyat prihatin yang mengambil serius masalah rakyat. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -