Bunga Raflesia ditemui di Jeram Mengaji Resort

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Spesis bunga terbesar di dunia Raflesia sebelum ini paling banyak ditemui di Sabah.

- Advertisement -

Terdapat tiga spesies di Sabah iaitu Raflesia Keithii tumbuh di tanah rendah, manakala Raflesia Pricei ditemui di tanah tinggi di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu dan Keningau serta Tenom.

Selain itu Raflesia Tengku Adlinii pula terdapat di Gunung Trusmadi dan Maliau Basin.

Di Kelantan juga boleh ditemui sepsis bunga terbabit. Bunga tersebut terdapat di Taman Konservasi Raflesia Tanah Tinggi Lojing.

Bagaimanapun tidak ramai tahu di Pasir Puteh juga boleh ditemui Raflesia. Bunga tersebut ditemui kakitangan Jeram Mengaji Agro Resort baru-baru ini.

Mereka mengesan terdapat 10 kuntum bunga Reflesia yang mula berputik di kawasan hutan berdekatan.

Pegawai operasi resort tersebut Wan Muhd Amir Wan Atan berkata, tempoh jangka hanyat bunga terbesar tersebut hanya mengambil masa kira-kira seminggu.

Katanya bunga terbabit dijangka akan mula mekar menguntum tidak berapa lama lagi.

“Kami akan mengadakan pakej meninjau Raflesia Jeram Mengaji bagi memberi peluang orang ramai mengenali bunga itu dari lebih dekat,” katanya di sini.

Wan Amir juga berkata, beliau bersama kakitangan Jeram Mengaji Agro Resort sering meninjau perkembangan pokok tersebut. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -