Bekalan lembu mencukupi menjelang Aidiladha

Razali Saad
- Advertisement -

PADANG BESAR: Bekalan lembu di Perlis dijangka mencukupi dan tidak menghadapi masalah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata, bekalan lembu tidak akan mengalami masalah seperti dua tahun lepas akibat pandemik Covid-19 melanda negara.

Katanya bekalan lembu tahun ini bagi kegunaan ibadat korban tidak ada masalah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Insya-Allah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turun padang melakukan pemantauan dan lawatan ke pusat sembelihan untuk memeriksa daging korban tidak dijangkiti penyakit atau sebagainya,” katanya ketika melawat ladang penternakan lembu di Chuping, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JPV Perlis, Dr Adam Kwan Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Kaisar Farm (M) Sdn Bhd, Dato’ Sri Norazam Shah Ibrahim.

Menurutnya juga persediaan awal turut dilakukan JPV Perlis termasuk mempermudahkan kelulusan permit kepada penternak di negeri itu.

“Kita juga memberi jaminan proses kelulusan permit sembelihan luar dan pergerakan lembu akan dibuka seawal dua minggu sebelum Aidiladha,” katanya.

Beliau juga berkata, kewujudan ladang penternakan lembu Kaisar Farm mampu menampung permintaan orang ramai pada musim perayaan. – HARAKAHDAILY 25/5/2023

- Advertisement -