Anwar the unsold story: Trajektori jualan yang luar tabii

- Advertisement -

INDUSTRI filem negara mempunyai trend jualan tiket yang boleh dijangkakan. Sekiranya filem mencatatkan jualan hari pertama, dia akan terus laku dan catat jualan tinggi.

Sekiranya filem tersebut gagal catat kutipan jualan hari pertama yang rendah, maka filem tersebut akan dihentikan tayangan awal dan akan rugi. 

Sebagai contoh: 

a. Dukun hari pertama catat RM1.5 juta dan kutipan keseluruhan RM20 juta.

b. Mechamoto hari pertama catat RM1.1 juta dan kutipan keseluruhan RM60 juta.

c. Mat Kilau hari pertama catat RM1 juta dan kutipan keseluruhan RM97 juta.

d. Paskal hari pertama catat RM2 juta dan kutipan keseluruhan RM30 juta.

e. Anwar the unsold story hari pertama catat RM1 juta hari ketiga dah tutup buku. Tak balik modal. 

Trajektori jualan tiket Anwar the unsold story di luar tabii. Hari pertama catat jualan tinggi, tapi hari ketiga sudah mula dihentikan tayangan. Kiok awal. 

Mungkin betul jumlah kutipan RM1 juta hari pertama, tapi barangkali kerana banyak tiket diborong pimpinan PKR dan diberi percuma. 

Saya juga dapat berita tiket habis terjual tapi panggung wayang kosong. Maka datang pula idea membawa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan untuk memenuhkan wayang. 

Kesimpulan saya buat, janganlah membazir masa tenaga dan wang ringgit untuk buat filem yang tiada nilai kepada masyarakat. Apatah lagi kisah hidup sebenar individu itu, adegan usung tilam, adegan sumpah dalam masjid, semuanya ditayang meluas setiap malam di buletin utama. 

Cadangan saya kepada penerbit, ramai tokoh berjasa dalam sejarah negara yang meninggalkan jasa boleh difilemkan untuk tatapan umum. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 25/5/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02r81bBA77WNJgQqSByPPxBrirU2DT51EaFaGDUeSKafWphcGcNJHjX3GqdYuT96tvl&id=650875906&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -