‘Untold’ dah jadi ‘unsold’…

NAMPAKNYA budak-budak sekolah dan kakitangan kerajaan dah mula diheret untuk dipaksa menonton secara percuma.

Inilah namanya paksa rela yang orang tua-tua sebut dulu. Saya memang tak terlintas pun nak pergi tengok. Anak-anak pun tak ada yang mengajak. 

Dulu, masa movie Upin dan Ipin itu ada juga anak-anak ngajak. Agaknya, movie Upin Ipin itu lagi bagus kut, menurut budak-budak itu.

Tiket Upin Ipin itu mahal juga, tapi penuh panggung. Dengar cerita Untold ini bagi tiket free saja, sampai berjutalah dia orang sponsor untuk tiket free itu. 

Tiket free dah ada, willing untuk menonton saja yang tak ada. Saya fikir mungkin masih ramai yang berpuasa. Mereka orang bimbang nak pergi menonton. Kalau termuntah, batal puasa itu…

Akibatnya Untold dah jadi Unsold!

MOHD FADLI GHANI – HARAKAHDAILY 24/5/2023

Advertisement