Pengusaha homestay di Perak berisiko gulung tikar

RUU Hotel Perak

- Advertisement -

KAMI semua Ahli Dewan Negeri PERIKATAN NASIONAL Perak mewakili pihak pembangkang mengadakan sidang media adalah bertujuan untuk menyatakan pendirian dan penjelasan mengenai kenapa kami merasakan kewajaran RUU Hotel Perak 2023 ini ditangguhkan sewaktu kalangan kami berbahas dalam dewan atas isu pembelaan terhadap pengusaha-pengusaha kecil homestay terutama luar bandar yang bergantung sebagai sumber pendapatan hidup.

Kami Ahli Dewan Negeri PERIKATAN NASIONAL Perak juga sebulat suara di dalam perbahasan dan seterusnya melalui undi belah bahagi sebagai menyatakan komitmen kami agar pada hemat kami perkataan ‘homestay’ dikeluarkan daripada tafsiran hotel yang menimbulkan kegusaran kepada pengusaha homestay terutamanya pengusaha kecil-kecilan.

Kami Ahli Dewan Negeri PERIKATAN NASIONAL Perak yang mewakili sebilangan besar penduduk luar bandar mengambil sikap yang jelas untuk memastikan pengusaha homestay ini dipertimbangkan daripada turut terkesan kepada pelaksanaan Enakmen RUU Hotel Perak 2023.

Kami Ahli Dewan Negeri PERIKATAN NASIONAL Perak bimbang jika ‘homestay’ juga dimasukkan ke dalam Enakmen ini, ia memberikan kesan yang tidak baik, terutama kepada orang kampung B40 petani yang memiliki homestay yang bukan bertujuan komersil sepenuhnya namun hanya untuk kegunaan sara diri dan akhirnya mungkin berisiko untuk tutup. Ini kerana pelbagai caj dan fi yang bakal dikenakan kepada mereka.

Kami amat berharap agar pihak kerajaan selepas ini dapat perbanyakkan sesi libat urus dengan melibatkan kami pihak pembangkang yang bukan sahaja dilaksanakan hanya waktu terdekat Sidang Dewan Negeri, tetapi pada waktu tertentu yang disangka perlu terutama bila melibatkan perbincangan perlaksanaan dan penentuan fi dan caj. 

Kami bukan sahaja bertugas untuk hanya membangkang tetapi tugas kami adalah ‘Check and Balance‘ dalam memastikan Negeri Perak ini berada didalam keadaan yang baik dan rakyatnya tidak dibebankan kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Sekian, terima kasih.

YB RAZMAN ZAKARIA
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak
Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan – Gunung Semanggol
Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Perak – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -