Jadikan FELDA Gedung Makanan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta melihat semula idea mengaktifkan program Gedung Makanan Negara (GMN) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai peneraju utama.

- Advertisement -

Dato’ Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) berkata, idea menjadikan tanah rancangan FELDA sebagai Gedung Makanan Negara dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri ketika sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan di FELDA Maokil, Johor, pada Julai 2009.

Katanya, antara matlamat GMN ialah untuk memastikan keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan import makanan.

“Program itu juga sudah pasti untuk mengoptimumkan penggunaan tanah,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kementerian sentiasa terbuka terhadap kerjasama antara kementerian dan agensi berhubung isu keterjaminan makanan yang melibatkan penggunaan dana milik pelbagai agensi.

Bagaimanapun, katanya butiran terperinci bagi projek Felda akan dijawab secara bertulis. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!