Industri penternakan tempatan dianak tiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) menyifatkan kerajaan lebih mengutamakan perniagaan pengimportan, berbanding membangunkan industri penternakan negara.

Katanya, ini berdasarkan hampir 40 loji penyembelihan lembu bakal diberi kelulusan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengimport bekalan daging dari India.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan berhubung pendekatan kerajaan sekarang untuk membangunkan industri penternakan selepas kegagalan projek National Feedlot Center (NFC).

“Apa yang berlaku sekarang, kita lebih banyak nampaknya membangunkan industri pengimportan daging dari India. Kalau dahulu kita ada 18…19 loji penyembelihan yang diiktiraf.

“Sekarang ‘fast track’ (jalan pintas)…hampir 40 loji penyembelihan akan diiktiraf untuk mengimport daging dari India, maknanya kita lebih tumpukan kepada import daripada membangunkan industri penternakan,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjelaskan kerajaan merancang untuk meningkatkan sektor penternakan secara ‘feedlot’.

Chan Foong Hin berkata, beberapa negeri terlibat dalam pelaksanaan Ladang Lembu Feedlot, Ladang Satelit di Johor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Selain itu katanya terdapat projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) khusus bagi sektor penternakan haiwan ruminan di Pahang, Johor dan Perak. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -