Gunakan teknologi hadapi El Nino

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menyarankan penggunaan teknologi bagi membantu negara menghadapi kesan negatif El Nino, terutama di sektor perladangan sawit.

- Advertisement -

Katanya, lawatannya baru-baru ini ke Rusia mendapati negara kuasa besar itu menggunakan teknologi hijau yang meluas dalam sektor perladangan.

“Mengambil kira kesan El Nino yang bakal melanda negara, terutama sektor perladangan sawit, apakah perancangan kementerian untuk menggunakan teknologi bagi membantu negara menangani isu ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, perkara ini penting kerana fenomena alam itu akan memberi kesan kepada negara dalam tempoh terdekat.

Menjawab persoalan ini, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching, berkata kerajaan memang mempunyai perancangan untuk menggunakan teknologi seperti yang dinyatakan dalam Revolusi Industri 4.0.

Bagaimanapun, katanya terdapat banyak masalah dari segi infrastruktur dengan kebanyakan kilang pemprosesan sawit berada dalam kawasan ladang dan tidak mempunyai kemudahan lengkap untuk menyediakan keadaan yang lebih moden.

“Kita perlukan kestabilan bekalan elektrik dan pada masa sama, kos pelaksanaan juga tinggi. Sebenarnya kita memang ke arah itu, tetapi buat masa sekarang ini masih di peringkat perancangan. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -