Dedahkan isu muflis kepada anak muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membuat kajian khusus bagi mengenal pasti punca muflis pada usia muda, kata Dato’ Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu).

- Advertisement -

Beliau berkata, menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, seramai 17,599 individu diisytiharkan muflis sepanjang tempoh 2020 hingga Mei tahun lalu.

“Dari jumlah itu, individu berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai muflis iaitu 6,681 orang. Mereka yang berumur 45 hingga 54 tahun seramai 4,819 orang dan yang berumur antara 25 hingga 34 tahun seramai 3,171 orang.

“Berdasarkan fakta ini, menjadi kebimbangan kita sebagai rakyat Malaysia kerana golongan muda seawal 25 tahun telah diisytiharkan muflis. Persoalan yang timbul kepada kita ialah kenapa mereka muflis?

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Rosol berkata, antara persoalan mengenai faktor muflis dalam kalangan golongan muda termasuk mempunyai hutang yang tinggi, kegagalan mengurus hutang atau kewangan secara berhemah, sikap boros atau belanja di luar kemampuan dengan penggunaan kad kredit.

Selain itu, katanya kecenderungan membuat pinjaman kewangan hanya untuk memenuhi gaya hidup juga boleh menjadi antara faktor penyebab.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan untuk membuat perancangan atau jalan penyelesaian bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai berhubung masalah muflis, terutama di peringkat sekolah dan universiti. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -